Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

08 September 2011

Masalah Pada Yahoo Messenger

Assalamualaikum..
Baik, tutorial pada kali ini yang ingin aku berkongsi adalah berkaitan dengan masalah yang mana aku sendiri seirng hadapi. Masuk kali ini dah 2 kali aku kena. Masalahnya adalah apabila kita sedang chat, tidak kelihatan tulisan pada chat box itu. Setelah aku menggunakan khidmat Pak Cik Google, jadi di sini aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai tutorial mudah ini.

Ikut langkah-langkah ini :


1) Run CMD as administrator
2) Copy dan paste kan registry ini dan ENTER.

  • regsvr32 jscript.dll
  • regsvr32 vbscript.dll 






p/s : Jangan lupa untuk Restart balik PC/Laptop korang oke !

20 April 2011

Tutorial Membuat Simple Animation


Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah lama aku nak buat video ini. Cuma kekurangan masa saja. Jadi sekarang video ini sudah pun siap. Ok, video ini aku buatkan untuk mereka yang newbie macam aku ini dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop. Video ini menunjukkan mengenai cara buat simple animation. Memang simple. Perisian yang aku guna adalah Adobe Photoshop CS3. So, jom kita belajar sama-sama !



p/s : sebarang kekurangan dalam video ini harap dimaafkan sebab aku pun newbie juga dalam bidang ini. Aku harap video ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua oke ! Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen terus di entri ini atau terus pergi ke CONTACT.


19 April 2011

Jom buat wallpaper !

Assalamualaikum..


Oke, kali ini aku nak kongsi dengan korang sume mengenai cara-cara nak buat wallpaper yang simple-simple aje.. Software yang aku guna adalah adobe photoshop CS3. Jom kita mula !






1) korang klik file > new . Then korang setting size kanvas ini ikut resolution PC korang oke.






2) Penuhkan kanvas tu dengan warna hitam. Klik pada icon yang mcm tong cat tuh.




3) Oke, sekarang mula tulis perkataan yang diinginkan. Pilih jenis font yang diminati. Colour untuk tulisan itu pun pilih ikut kemahuan sendiri.




4) Oke, buka satu layer baru. Seterusnya pergi ke filter > render > cloud.










5) Kemudian pergi ke Filter > skectch > chrome. Setkan nilai seperti di dalam gambar. Klik ok.



6) Seterusnya pula klik pada layer yang sama, tukakan jenis layer dari normal > color dodge. Klik ok.






                                            
Selepas klik ok

7) Duplicate layer WAKAFKITA '11 sebanyak 4 kali. Tekan CTRL+J sebanyak 4 kali.



8) Klik pada layer "copy 2". Pergi ke filter > blur > motion blur. Setkan nilai angle = "0" manakala distance ="155". Seterusnya pula buat langkah yang sama untuk layer "copy 3" dan "copy 4" dengan nilai angle= "45" dan "-45" . Bagi nilai distance adalah sama iaitu "155".



9) Merge keempat-empat  layer iaitu "copy", "copy 2" , "copy 3" ,dan "copy 4".




10) Hilangkan icon "mata" pada layer tulisan WAKAFKITA '11 (yang ada huruf "T"). Kemudian pergi ke filter > blur > gaussian blur.


11) Setkan nilai radius kepada "100.0" .



12) Klik kembali icon "mata" yang dihilangkan tadi. Tuka warna tulisan WAKAFKITA '11 dengan warna yang lain. Kemudian klik sebanyak 2 kali pada layer WAKAFKITA '11 . Setkan blending option tersebut dengan nilai yang korang nak. Klik ok.






13) Sekiranya korang ingin menukarkan warna background tersebut dengan warna lain, pergi ke image > adjustment > hue & saturation. Ubah nilai hue dan korang akan dapat lihat warna itu akan berubah. Macam yang aku buat ini, tukar ke warna merah.



14) Akhir sekali, pergi ke file > save for web and devices. Klik save dan siap !!

p/s : simple kan? kalau korang ada apa-apa yang tiadak faham, korang komen oke kat post ni, aku cuba jawab mana yang termampu. Sekian, wassalam..


11 April 2011

Tips menghafal Al-Quran



Assalamualaikum.


Al-Quran dan As-sunnah merupakan 2 perkara yang telah ditinggalkan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW yang membawa maksud :-


"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku."


Jadi di sini, kita sebaik-baiknya cuba untuk menghafal al-Quran sebanyak mana yang termampu ataupun menghafal beberapa surah yang penting di dalam al-Quran. Sukacita aku mengatakan terasa diri ini ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman dalam menghafal ayat-ayat suci al-Quran. 


Antara tips yang sering aku gunakan adalah :-


1)  Sebelum kita mula menghafal, baca keseluruhan surah tersebut sekurang-kurangnya 2-3 kali. Kemudian, pastikan segala cara bacaan, sebutan makhraj dan juga tajwid adalah betul.


2)  Mula menghafal ayat pertama. Disiplinkan diri untuk menghafal sekurang-kurang 5-6 ayat sehari. Sekiranya ayat di dalam surah itu agak panjang, pastikan anda dapat menghafal 3-4 ayat. Jikalau lebih, amatlah digalakkan.


3)  Semasa menghafal suatu ayat tersebut, ulang sebanyak 7-10 kali dengan membaca ayat tersebut. Kemudian, pejamkan mata anda dan mula membaca ayat tersebut dengan betul. (Pengulangan bacaan ayat tersebut bergantung kepada kemampuan anda).


4)  Sekiranya anda sudah dapat menghafal ayat 1 dengan baik, mula menghafal ayat yang seterusnya pula. Ulang langkah 3 semula.


5)  Selepas anda dapat menghafal kedua-dua ayat tersebut, sebelum anda mula menghafal ayat ke-3, pastikan, anda baca terlebih dahulu ayat 1 dan 2 yang baru anda hafal sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi tahap ingatan anda terhadap ayat-ayat tersebut.


6)  Untuk ayat-ayat seterusnya, ulang langkah 3 dan 4 tadi dengan baik.




Selain daripada tips-tips di atas, hati kita secara peribadinya haruslah ikhlas dengan setiap apa amalan yang kita lakukan. Sentiasa merendah diri kepada Allah SWT dan banyak berdoa agar dimudahkan segala kerja dan amalan yang kita lakukan.


Baik, tips yang aku berikan di atas ini merupakan pengalaman aku sendiri dalam menghafal beberapa surah di dalam al-Quran. Tips yang diberikan semata-mata untuk menghafal sahaja, tidak termasuk dengan cara penjagaan makanan bagi seorang hafiz, ataupun lain-lain.


Seandainya korang ada pengalaman dan juga tips-tips yang lebih berkesan dan berguna untuk semua orang, korang boleh komen pada entri ini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan yang amat berguna ini dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan terhadap diri kita semula. Wallahua'lam..


Sekian, assalamualaikum.



31 March 2011

Tip-tip menarik blogger datang ke blog



Assalamualaikum..


Baik, entri untuk malam ini adalah bertujuan untuk beritahu korang semua yang blog aku ini telah mencapai target pertama aku iaitu mendapat 100 followers kurang dari sebulan. Alhamdulillah tercapai impian aku ini. Terima kasih teramat sangat diucapkan kepada yang sudi support dan menjadi follower aku. Ok, tujuan aku buat entri ini, aku nak berkongsi dengan korang semua cara-cara aku cuba menarik blogger2 datang Wakafkita'11 ini. Mungkin ada orang yang lebih hebat, dalam seminggu, dua minggu dah boleh cecah 100 follower, tapi aku cerita ini berdasarkan apa yang telah aku lakukan. 






1)  Blogwalking
-  Ini merupakan perkara yang paling penting sekali dalam dunia blogging ini. Kalau korang baca di mana-mana blog mengenai tip-tip menarik pengunjung ke blog semestinya ada blogwalking.  Korang mestilah tinggalkan jejak korang sama ada di Shoutbox ataupun komen-komen korang di entri blogger lain. Dan yang paling penting, korang pun kena lah rajin-rajin follow blog orang juga ye.


2) Mencuba membuat entri yang menarik
-  Yang ini aku tak pasti sangat sebab aku tak tahu sama ada entri-entri aku ini berkualiti atau pun tidak. Kalau korang nak tahu, cuba lah baca sendiri ye.


3)  Join segmen-segmen yang dianjurkan
-  Ok, bahagian ini merupakan faktor utama blog aku boleh mencapai follower sebanyak 100 orang. Korang kena selalu join segmen yang dibuat oleh otai-otai blogger. Sebagai contoh blog Abg Ben. Tujuan Ben Ashaari melakukan segmen-segmen ini adalah bagi membantu terutamanya blogger-blogger yang baru setahun jagung macam aku ini. Jadi memang kena rajin follow dan baca entri diorang. Sangat-sangat membantu.


Baik, rasa-rasanya setakat ini dulu tip daripada seorang blogger yang baru setahun jagung ini ye. Harap korang semua teruskan support terhadap WakafKita'11. Terima kasih !

26 March 2011

Tutorial Meletakkan Password Folder



Assalamualaikum..


Hari ini aku berjalan-jalan dalam sebuah blog ini. Iaitu blog BLEEDDRUMMERZ. Jadi di sini aku hendak berkongsi dengan korang semua tutorial cara-cara untuk meletakkan password pada sesebuah folder tanpa menggunakan sebarang software. Cara yang harus korang lakukan adalah mudah sekali. Jom kita belajar.




1)  Korang buka "new folder".


2)  Dalam new folder itu, korang right click dan pilih new text document.


3)  Kemudian korang copy dan paste semua code di bawah ini di dalam new text document tadi.


Quote:
Quote: cls
@ECHO OFF
title Folder Private
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Private goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure you want to lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Private "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== TYPE YOUR PASSWORD HERE  goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Private
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Private
echo Private created successfully
goto End
:End

4)  Gantikan tulisan berwarna merah itu dengan password yang korang kehendaki. Di dalam video tutorial yang aku buat itu aku letakkan "testing" sebagai password.


5)  Save as file text document tersebut dan letakkan file name "locker.bat"


6)  Selepas korang dah save as file document tersebut, akan muncul satu file bernama locker.


7)  Klik file tersebut dan akan keluar folder bernama "Private".


8)  Copy dan paste file yang korang ingin sorokkan tersebut ke dalam folder "Private".


9)  Keluar dari folder tersebut. Klik file locker. Kemudian taip "Y". Folder "Private" tersebut akan hilang. Ini bermakna file tersebut telah berjaya disorokkan. 


10) Untuk membuka file "Private", klik file locker dan masukkan password yang korang dah setkan tadi. File tersebut akan mucul semula.




VIDEO TUTORIAL





p/s : kalau ada apa-apa yang tidak faham, korang boleh bertanya ok. Terima kasih.

19 March 2011

Cara meletakkan code untuk banner

Assalamualaikum..


Selamat petang semua, jadi entri untuk hari ini pula adalah cara-cara bagaimana ingin membuat "code" untuk pertukaran banner (exchange banner). Bagi aku, perkara ini agak penting untuk menaikkan trafik blog masing-masing dengan cara bertukar-tukar banner dengan blog-blog lain.


Pertama-pertamanya sekali, korang kena buat lah sendiri banner korang itu. Boleh guna software adobe photoshop dan lain-lain. Selepas banner itu sudah siap, korang upload banner itu ke photobucket.com untuk mendapatkan URL banner tersebut yang akan kita letakkan di dalam "code" banner nanti. Jadi ini adalah URL banner blog aku :
  • http://i1196.photobucket.com/albums/aa413/zaxkawabi/exc-wk.gif
Kemudian korang pergi ke Design >  Page Elements > Add a Gadget .
Copy paste kan semua "code" di bawah ini dan gantikan perkataan yang berwarna tersebut. 



<center><div style="margin: auto; text-align: center; width: 100%;">
<a href="URL BLOG ANDA" target="_blank"><img border="0" src="URL  BANNER" title="Exchange Link" /></a></div>
<div style="margin: auto; text-align: center; width: 100%;">
<textarea cols="44" name="textarea" rows="4" style="height: 40px; margin: 0px; width: 249px;">&lt;a href='URL BLOG ANDA' target='_blank'&gt;&lt;img src='URL BANNER' title="SLOGAN BLOG ANDA" border='0'&gt;&lt;/a&gt;</textarea></div>
<span style="font-size: xx-small;"><center>Copy &amp; paste code banner NAMA BLOG ANDA di blog/website anda, hubungi kami untuk pertukaran banner.Terima Kasih.</center></span></center>
Ini adalah contoh banner yang telah siap diletakkan "code".




Copy & paste code banner kami di blog/website anda, hubungi kami untuk pertukaran banner.Terima Kasih.



Jadi setakat ini dulu tutorial pada kali ini ok. Semoga tutorial ini dapat membantu korang semua.

15 March 2011

Bagaimana cara tukar favicon.



Assalamualaikum sume.. 


Hari ini aku baru je lepas belajar something baru bagi aku la sebab aku ni newbie je lagi dalam dunia blogging ni ye, pada korang yang dah pun tahu pasal tutorial ni, korang buat-buat je tak tahu ok. Jom mula,




Apa itu favicon? 




Favicon tu adalah gambar yang kat sebelah URL tu. Bagi aku benda ni agak penting sebab ianya menunjukkan "trademark" blog kita. It just my opinion. So, macam mana nak tuka tu? Mari aku tunjukkan.




1) Pastikan korang dah ada gambar sendiri untuk dililetakkan di favicon tu. Saiz yang terbaik adalah 34x34 ataupun 32x32. 




2) Kemudian korang kena lah upload gambar tadi tu. Boleh upload kat sini ye. Photobucket.com.


3) Selepas dah upload, korang akan dapat direct link gambar tadi. Copy link tersebut.


4) Masuk ke dashboard > Design > Edit HTML. Selepas tu klik Expand Widget Templates.

5) Tekan "CTRL+F" dan taip kan  </head>.


6) Korang paste kan code kat bawah ni di atas / sebelum </head> tu.


<link href='URLGAMBAR' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='URLGAMBAR' rel='icon' type='image/x-icon'/>


7) URL GAMBAR tu korang tukakan dengan direct link yang korang upload tadi tu.


8) Klik preview, kalau tak ada apa-apa masalah / error, korang boleh save terus. Simple je kan? Jadi selamat mencuba !

12 March 2011

Bagaimana cara meletakkan gambar secara bersebelahan.



Assalamualaikum sume.. Korang apa khabar? So, ini adalah tutorial aku yang pertama. Teringin nak kongsi bersama korang sume. Kalau ada sape-sape yang dah tahu pasal ni, korang buat-buat je tak tahu oke ! hahaa..Tujuan aku buat tutorial ini sebab ini lah masalah ayng aku hadapi iaitu nak letak gambar secara bersebelahan. So, bila aku dah tahu caranya, aku kongsi dengan korang sume oke.
So, lets start now.

Ini adalah tutorial yang very2 simple. Dalam tutorial ini, terdapat dua kes yang aku akan tunjukkan.




Kes 1 : Gambar yang tidak mempunyai link.


<table border=0 cellpadding=2 cellpadding=2>
<tr>
<img scr="URL GAMBAR">
<img scr="URL GAMBAR">
</tr>
</table>




Kes 2 : Gambar yang ada link (link pilhan korang)


<table border=0 cellpadding=2 cellpadding=2>
<tr>
<a href ="PAGE URL"><img scr="URL GAMBAR">
<a href ="PAGE URL"><img scr="URL GAMBAR">
</tr>
</table>



Jadi, setakat ini je dulu tutorial yang aku dapat sampaikan mengenai masalah-masalah dalam HTML ini oke. Semoga berjumpa lagi selepas ini..

09 March 2011

Bagaimana nk extract file RAR ?



Assalamualaikum...

Jadi, entry kali ini aku nak ajar cara-cara untuk extract file RAR menggunakan winRAR. Video ini tujuan aku saja-saja je nak buat, so dh alang-alang aku buat, aku post je lah kat sini ye.. Enjoy !



 
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;