Oke, kali ini aku nak kongsi dengan korang sume mengenai cara-cara nak buat wallpaper yang simple-simple aje.. Software yang aku guna adalah adobe photoshop CS3. Jom kita mula !
1) korang klik file > new . Then korang setting size kanvas ini ikut resolution PC korang oke.
2) Penuhkan kanvas tu dengan warna hitam. Klik pada icon yang mcm tong cat tuh.
3) Oke, sekarang mula tulis perkataan yang diinginkan. Pilih jenis font yang diminati. Colour untuk tulisan itu pun pilih ikut kemahuan sendiri.
4) Oke, buka satu layer baru. Seterusnya pergi ke filter > render > cloud.
5) Kemudian pergi ke Filter > skectch > chrome. Setkan nilai seperti di dalam gambar. Klik ok.
6) Seterusnya pula klik pada layer yang sama, tukakan jenis layer dari normal > color dodge. Klik ok.
Selepas klik ok
7) Duplicate layer WAKAFKITA '11 sebanyak 4 kali. Tekan CTRL+J sebanyak 4 kali.
8) Klik pada layer "copy 2". Pergi ke filter > blur > motion blur. Setkan nilai angle = "0" manakala distance ="155". Seterusnya pula buat langkah yang sama untuk layer "copy 3" dan "copy 4" dengan nilai angle= "45" dan "-45" . Bagi nilai distance adalah sama iaitu "155".
9) Merge keempat-empat layer iaitu "copy", "copy 2" , "copy 3" ,dan "copy 4".
10) Hilangkan icon "mata" pada layer tulisan WAKAFKITA '11 (yang ada huruf "T"). Kemudian pergi ke filter > blur > gaussian blur.
11) Setkan nilai radius kepada "100.0" .
12) Klik kembali icon "mata" yang dihilangkan tadi. Tuka warna tulisan WAKAFKITA '11 dengan warna yang lain. Kemudian klik sebanyak 2 kali pada layer WAKAFKITA '11 . Setkan blending option tersebut dengan nilai yang korang nak. Klik ok.
13) Sekiranya korang ingin menukarkan warna background tersebut dengan warna lain, pergi ke image > adjustment > hue & saturation. Ubah nilai hue dan korang akan dapat lihat warna itu akan berubah. Macam yang aku buat ini, tukar ke warna merah.
14) Akhir sekali, pergi ke file > save for web and devices. Klik save dan siap !!
p/s : simple kan? kalau korang ada apa-apa yang tiadak faham, korang komen oke kat post ni, aku cuba jawab mana yang termampu. Sekian, wassalam..
0 Responses to “Jom buat wallpaper !”
Post a Comment