31 March 2011
Tip-tip menarik blogger datang ke blog
Assalamualaikum..
Baik, entri untuk malam ini adalah bertujuan untuk beritahu korang semua yang blog aku ini telah mencapai target pertama aku iaitu mendapat 100 followers kurang dari sebulan. Alhamdulillah tercapai impian aku ini. Terima kasih teramat sangat diucapkan kepada yang sudi support dan menjadi follower aku. Ok, tujuan aku buat entri ini, aku nak berkongsi dengan korang semua cara-cara aku cuba menarik blogger2 datang Wakafkita'11 ini. Mungkin ada orang yang lebih hebat, dalam seminggu, dua minggu dah boleh cecah 100 follower, tapi aku cerita ini berdasarkan apa yang telah aku lakukan.
1) Blogwalking
- Ini merupakan perkara yang paling penting sekali dalam dunia blogging ini. Kalau korang baca di mana-mana blog mengenai tip-tip menarik pengunjung ke blog semestinya ada blogwalking. Korang mestilah tinggalkan jejak korang sama ada di Shoutbox ataupun komen-komen korang di entri blogger lain. Dan yang paling penting, korang pun kena lah rajin-rajin follow blog orang juga ye.
2) Mencuba membuat entri yang menarik
- Yang ini aku tak pasti sangat sebab aku tak tahu sama ada entri-entri aku ini berkualiti atau pun tidak. Kalau korang nak tahu, cuba lah baca sendiri ye.
3) Join segmen-segmen yang dianjurkan
- Ok, bahagian ini merupakan faktor utama blog aku boleh mencapai follower sebanyak 100 orang. Korang kena selalu join segmen yang dibuat oleh otai-otai blogger. Sebagai contoh blog Abg Ben. Tujuan Ben Ashaari melakukan segmen-segmen ini adalah bagi membantu terutamanya blogger-blogger yang baru setahun jagung macam aku ini. Jadi memang kena rajin follow dan baca entri diorang. Sangat-sangat membantu.
Baik, rasa-rasanya setakat ini dulu tip daripada seorang blogger yang baru setahun jagung ini ye. Harap korang semua teruskan support terhadap WakafKita'11. Terima kasih !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah3...ad gmbr sy jugak lahhh..hahah...gedixx...singgah la blog sy jugak..heheh
@Cik Sara Aspalela
uishh.. ad 3 blog lah.. sumenye awk pnye ke?
@Cik Sara Aspalela
uishh.. ad 3 blog lah.. sumenye awk pnye ke?
Ada satu lagi cara yang aku tahu sangat berkesan.. Tahu blog ariffshah.com? Dia ada menulis satu artikel dekat comluv.com. Dalam artikel tu, dia tulis bagaimana dia mendapat 50000 facebook share dalam artikel dia dalam masa satu hari kalau tak silap.. So, boleh la cari artikel dia dalam comluv.com...
3 cara ni sangat berkesan utk blogger baru..tapi ss dah pencen join segmen ben..huhuu
psstt : 3 Sebab SS Suka Balas Komen
@Siti Safiyyah
hehe.. ss xpe, blog ss ramai da orang kenal..
@Ahmad Fikrizaman
wahh.. tq, nnti ku g cari kt blog tu.. thnx sbb kasi info ni ye..
bagus tips utk newbie mcm aku ni:)
@Mr.Kerro
kerro, perli sye ek? hahahaa