Showing posts with label entri menarik. Show all posts
Showing posts with label entri menarik. Show all posts
30 September 2011
11 April 2011
Tips menghafal Al-Quran
Assalamualaikum.
Al-Quran dan As-sunnah merupakan 2 perkara yang telah ditinggalkan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW yang membawa maksud :-
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku."
Jadi di sini, kita sebaik-baiknya cuba untuk menghafal al-Quran sebanyak mana yang termampu ataupun menghafal beberapa surah yang penting di dalam al-Quran. Sukacita aku mengatakan terasa diri ini ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman dalam menghafal ayat-ayat suci al-Quran.
Antara tips yang sering aku gunakan adalah :-
1) Sebelum kita mula menghafal, baca keseluruhan surah tersebut sekurang-kurangnya 2-3 kali. Kemudian, pastikan segala cara bacaan, sebutan makhraj dan juga tajwid adalah betul.
2) Mula menghafal ayat pertama. Disiplinkan diri untuk menghafal sekurang-kurang 5-6 ayat sehari. Sekiranya ayat di dalam surah itu agak panjang, pastikan anda dapat menghafal 3-4 ayat. Jikalau lebih, amatlah digalakkan.
3) Semasa menghafal suatu ayat tersebut, ulang sebanyak 7-10 kali dengan membaca ayat tersebut. Kemudian, pejamkan mata anda dan mula membaca ayat tersebut dengan betul. (Pengulangan bacaan ayat tersebut bergantung kepada kemampuan anda).
4) Sekiranya anda sudah dapat menghafal ayat 1 dengan baik, mula menghafal ayat yang seterusnya pula. Ulang langkah 3 semula.
5) Selepas anda dapat menghafal kedua-dua ayat tersebut, sebelum anda mula menghafal ayat ke-3, pastikan, anda baca terlebih dahulu ayat 1 dan 2 yang baru anda hafal sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi tahap ingatan anda terhadap ayat-ayat tersebut.
6) Untuk ayat-ayat seterusnya, ulang langkah 3 dan 4 tadi dengan baik.
Selain daripada tips-tips di atas, hati kita secara peribadinya haruslah ikhlas dengan setiap apa amalan yang kita lakukan. Sentiasa merendah diri kepada Allah SWT dan banyak berdoa agar dimudahkan segala kerja dan amalan yang kita lakukan.
Baik, tips yang aku berikan di atas ini merupakan pengalaman aku sendiri dalam menghafal beberapa surah di dalam al-Quran. Tips yang diberikan semata-mata untuk menghafal sahaja, tidak termasuk dengan cara penjagaan makanan bagi seorang hafiz, ataupun lain-lain.
Seandainya korang ada pengalaman dan juga tips-tips yang lebih berkesan dan berguna untuk semua orang, korang boleh komen pada entri ini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan yang amat berguna ini dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan terhadap diri kita semula. Wallahua'lam..
Sekian, assalamualaikum.
29 March 2011
Bekerja Sambil Belajar. Baik atau Tidak?
Assalamualaikum..
Di keheningan malam yang penuh dengan kesejukan, tiba-tiba aku terfikir untuk membuat entri yang bertajuk "Kerja Sambilan Semasa Belajar". Ok, tujuan aku buat entri ini adalah untuk membincangkan mengenai kebaikan dan juga keburukan kerja sambilan ini ataupun lebih dikenali sebagai kerja "part-time" semasa belajar. Mungkin sesetengah individu itu dapat membahagikan masa pembelajarannya dengan masa kerjanya, namun adakah semua orang mampu untuk melakukan sedemikian ? Baik, di sini aku tampilkan beberapa kebaikan dan juga keburukan dalam pekerjaan sambilan sambil belajar ini.
Kebaikan
1) Dapat mengumpul duit untuk membeli barang-barang keperluan lebih daripada orang lain.
2) Dapat merasakan kepuasan dalam membelanjakan duit dari titik peluh usaha sendiri.
3) Dapat memberi kesedaran terhadap diri bahawa betapa susahnya ibu bapa kita mencari duit untuk sesuap nasi
Keburukan
1) Assignment, report, tugasan yang diberikan tidak dapat untuk disiapkan kerana terlalu penat.
2) Tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas pembelajaran.
3) Kehidupan nampak lebih bercelaru kerana jadual harian menjadi lebih ketat daripada biasa.
Baiklah, ini hanyalah pendapat daripada aku yang belum pernah kerja sambilan semasa belajar lagi. Mungkin korang yang ada pengalaman mengenai ini dapat berkongsi pengalaman korang itu di sini. Jadi, jangan malu jangan segan untuk meluahkan pendapat korang ok. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Sekian sahaja untuk kali ini.
25 March 2011
Cubaan gadis untuk membunuh diri di KB Mall
Assalamulaikum..
Actually perkara ini aku dapat tahu dari semalam lagi di facebook. Seorang gadis yang kecewa kerana baru putus cinta nekad untuk terjun dari bangunan KB Mall. Mengikut sumber, gadis tersebut hanya cedera ringan kerana pihak bomba telah menyediakan beberapa lapis tilam di bawah. Jom kita tengok video ini.
22 March 2011
Kahwin Semasa Belajar : Pendapat Korang??
Teringat kawan aku cakap, kalau student yang nak sambung belajar kat Mesir, kebanyakkannya dah diikat dengan seseorang. Bertunang. Jadi korang, hentikanlah nak cari ustazah dari mesir. ;p
Mari kita lihat dari sudut positif. Positif bila...
- Boleh elak maksiat bercouple sebelum kahwin.
- Boleh study sama-sama dengan suami/isteri.
- Nak pegi mana-mana dah ada suami yang boleh jaga.
Tapi, jadi negatif bila...
- Tak habis belajar lagi dah kene gendong anak.
- Sape nak tanggung dari segi kewangan kalau dua-dua belajar?
- Boleh ke nak bahagi masa antara keluarga dan pelajaran.
Apa kata kawan-kawan aku tentang ni?
Pendapat aku pulak?
Nak kahwin ni senang tapi nak menjalani kehidupan alam perkahwinan tu tak semudah yang kita sangka. Nak kahwin bukan untuk seminggu dua tapi mengharapkan akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau rasa diri tu mampu dari segi kewangan, zahir dan batin, silakan.
Apa-apa pun kita kembalilah kepada hukum berkahwin tu sendiri. Ustazah aku cakap, kalau nak menjaga nafsu, berpuasalah. Jika tidak mampu, berkahwinlah. Solat istikharah minta petunjuk dulu.
CREDIT TO : SITI SAFIYYAH
15 March 2011
Tsunami dan keprihatinan
Salam pembuka bicara..
Saya melayari laman Saifulislam.com dan saya rasa ada sesuatu yang patut dikongsi mengenai tsunami akal dan budi di tanah air sendiri.
Cuba kita imbas balik kejadian lori terbalik di PLUS highway berdekatan Tanjung Malim dan orang ramai mengaut beras tanpa mempedulikan keadaan pemandu dan klendan lori.
Cuba imbas balik kejadian orang ramai mengutip duit syiling di Negeri Sembilan akibat berlakunya kemalangan.
Dan terbaru, 11 Mac 2011 kejadian tsunami di Jepun.
Dimana sensitiviti bila ramai bercerita mengenai kesan ekonomi dan kedudukan pasaran saham di Malaysia akibat bencana alam ini. Mereka tak minta pun bencana alam ini berlaku kepada mereka. Kenapa ada yang mengeluarkan kenyataan seperti mementingkan diri sendiri. Ya, saya akui sebagai negara membangun, ekonomi itu amat penting tapi ekonomi yang dilakukan bersama Jepun berdasarkan dasar persahabatan bukan?
Lagi, kenapa seolah-olah ratu porno Jepun begitu penting keselamatannya. Oh ya, baru kali ini saya kenal Maria Ozawa. Selama ini tak pernah kenal pun. Bagaimana keadaan tokoh-tokoh yang terkenal di Jepun? Mereka selamat ke? Macam mana mereka selamat?
sumber: saifulislam.com
Lagi, kontroversi hebat berita harian mengenai ultraman dan kartun. Sampai tersebar di CNN ireport. Seolah-olah menpersendakan apa yang berlaku. Malah, sms Fizz Fairus mengenai ultraman la doremon la. Itu semua lawak bodoh yang tidak menitik berat kesan yang akan diterima.
sumber: saifulislam.com
Dimana keprihatinan sesetengah masyarakat Malaysia? Macam tak sama dengan sifat sopan santun, lemah lembut atau saling menghormati seperti yang dicanangkan sejak saya kecil? Fikir-fikir kan lah.
Ulasan penuh dari halaman ini. Harap kamu baca ulasan ustaz.
xoxo
CREDIT TO : Bicara Gadis Jujur
Saya melayari laman Saifulislam.com dan saya rasa ada sesuatu yang patut dikongsi mengenai tsunami akal dan budi di tanah air sendiri.
Cuba kita imbas balik kejadian lori terbalik di PLUS highway berdekatan Tanjung Malim dan orang ramai mengaut beras tanpa mempedulikan keadaan pemandu dan klendan lori.
Cuba imbas balik kejadian orang ramai mengutip duit syiling di Negeri Sembilan akibat berlakunya kemalangan.
Dan terbaru, 11 Mac 2011 kejadian tsunami di Jepun.
Dimana sensitiviti bila ramai bercerita mengenai kesan ekonomi dan kedudukan pasaran saham di Malaysia akibat bencana alam ini. Mereka tak minta pun bencana alam ini berlaku kepada mereka. Kenapa ada yang mengeluarkan kenyataan seperti mementingkan diri sendiri. Ya, saya akui sebagai negara membangun, ekonomi itu amat penting tapi ekonomi yang dilakukan bersama Jepun berdasarkan dasar persahabatan bukan?
Lagi, kenapa seolah-olah ratu porno Jepun begitu penting keselamatannya. Oh ya, baru kali ini saya kenal Maria Ozawa. Selama ini tak pernah kenal pun. Bagaimana keadaan tokoh-tokoh yang terkenal di Jepun? Mereka selamat ke? Macam mana mereka selamat?
Ulasan penuh dari halaman ini. Harap kamu baca ulasan ustaz.
xoxo
CREDIT TO : Bicara Gadis Jujur
Hati-hati Dalam Membeli Pendrive 32gb
Assalamualaikum..
Dalam aku dok berjalan-jalan a.k.a blogwalking, aku terjumpa satu artikel ini. Aku rasa artikel ini penting untuk semua. Jadi aku share kat sini ok.
Kisah membeli pendrive....Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!
Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..
Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.
Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.
Anda kena berhati-hati~!!
Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .
Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!
Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.
Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!
SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT.
CREDIT TO : BUAYA-MERAH

Hikayat Merong Mahawangsa & Queen of Langkasuka ada kaitan ke sejarah die..?
Assalamualaikum wbt..dan salam 1 malaysia..yeah2, arinie cuti..bermaksud xkeje la..macam dalam perancangan, arinie nak g tengok movie kat panggung..citer aper..?? ceciter..ceciter..
"Hikayat Merong Mahawangsa"
beberapa gambar adegan dalam citer hikayat merong mahawangsa :
Baca Lagi Di zackillerz
::EaRtH HOuR::
ingat tak pasal earth hour ni..sebelum ni kan penah buat..klcc pun bergelap selama sejam..memang menarik even jangka masa yg kejap tapi sgt2 berbaloi kan kan kan..tiap tahun kan da alah u all ni wat2 lupa lah plak...hee...actually cik lynn pun memang dah hampir lupa dah..tapi masa berblogwalking terbaca blog Miss Frogie ni dia lah yg telah mengingat kat cik lynn yg hampir melupakan kempen ni..yg sebelum ni cik lynn sokong..
sabtu terakhir pada bulan Mac tiap tahun..just tutup semua lampu or per jer yg guna tenaga elektrik..simple kan nak buat..simple mcm ni pun kalu da yg byk songeh nak buat tak tau lah kan...ini pun sekadar nak menyedarkan kita2 semua ni atas perubahan iklim sedunia ni..haa bg yg tak tau or buat2 tak tau bc sini yee..Live Green
p/s-da masalah la plak..time tu cik lynn keje ptg..dapat ker cik lynn tutup semua lampu,aircond,kipas,frezer,komputer dll kat JUSCO SBAN 2...huhuu...
CREDIT TO : sumthink2belive
My 1st Contest : My besday
assalamualaikum dan salam satu malam . malam ? malam la nie . jangan nak lebih2 okes ? oke2 sebelum Fiqa gi Kelantan , negeri yang begitu aman dan indah (sebab banyak tempat shopping yang murah2 ) ngeh5 . fiqa nak wat satu contest . Contest sempena birthday fiqa yang ke 15 pada 16 April . Muda lagi :p . Hadiah dah ade satu . yang 2 lagi rancang nak beli kat Terengganu jer . Tapi alang2 Fiqa nak g Kelantan nie , Fiqa cari hadiah untuk penyertaan pertama . Maybe hadiah yang 2 tu pun Fiqa beli kat sana .
Sebenarnya contest nie lebih kepada pertandingan edit gambar . sebab fiqa pun sebenarnya suka edit gambar . tataw la kenapa ? So , bermula la kisah dongeng Fiqa untuk berangan2 nak jadi anak raja :p
-korang kena edit gambar . wah edit gambar . gambar sape tu ? Of coz la gambar Fiqa . Anda boleh dapatkan gambar tu kat sini . ataupun kat fb fiqa pun boleh :D
-misalnya korang terlebih kreative la , korang nak buat header or banner pun takpe . Fiqa ada hadiah untuk kategori tersebut . Amacam ?
-korang boleh edit gmbar mengikut kreativiti korang bukan mengikut citarasa Fiqa coz bukan Fiqa jer jugde korang. Jangan korang edit macam nie sudah
-kalau korang edit gambar macam nie . anda orang first fiqa x moh bagi hadiah .
-kalau ada masalah atau ape2 pertanyaan , sila emel Fiqa kat sakurarisya@gmail.com ataupun ym- sya_isma96 . jangan tanya kat ruang comment .
-tarikh luput dye 16 April 2011
-pemenang diumumkan seminggu kemudian .
-hadiah di'pos' selepas umum pemenang
Syarat2 untuk contest nie senang jer :D
- kena follow Fiqa . Wajib . Sebab Fiqa nie kejam skit :D
-mesti buat satu entry untuk contest nie . tajuk ? suka ati korang la .
-letak banner kat atas tu . bukan gambar ZOMBIE tu , okes ?
-mesti link kan ke blog lapuk nie .
-letak URL post anda kat ruang komen tu
-kalau boleh korang letak banner tu kat sidebar . senang Fiqa nak detect orang yang join contest nie .
-pastu kat bawah gambar tu korang wish besday
Fiqa nak tag:-
*adik Atin
*kak Fa
*kak awin
*sis taici
*smart charm
*kak lyssa
*yana
*bro azim
p/s : hadiah yang ada pade Fiqa ialah t-shirt lelaki . jenama ape entah . nanti Fiqa upload . hadiah yang Fiqa akan beli ialah selimut untuk travel . senang nak lipat . selimut tu girly sikit . mcam baby pun ade gak . Fiqa akan bagi hadiah mengikut kategori . sama ada HEADER o BANNER o EDIT BIASA .

|
|
|
\/

Lihat peserta disini
Lihat contoh disini
CREDIT TO : Syafiqa Sakura's Journal
14 March 2011
Awards dari hikayat jimmy untuk followers ke 123
Hye semua..reader’s hikayat jimmy…haha video HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ni jadi tatapan k..
so korang ingat tak untuk post sebelum tidur malam tadi jimmy nak bagi awards kat follower blog ni yang ke 123…tadi kat kelas da dapat tengok sape blogger bertuah tu tapi
xleh nak shout sebab sne wifi free,laman chat kna sekat hahaha!!!....
tapi bila balik umah terus dok depan lappy nie..tapi ni lappy kakcik jimmy,x besh r…huhu nak lappy along…hahahah!!!....jimmy xdk lappy tumpang dorang punyer jew…heheh…
so edit r 1 pic nak wat award.usha gak kt otai2 bloggers cmne rupanya awards hahah!!!...da dapt tahu apa lagi create r 1 untuk blogger yang bertuah uh…
blog yang bertuah uh datangnya dari seorang blogger yang gelarkan dirinya cikkacak tu!!....klik nama uh nanti jumpa r…mse first kenal kt shout uh ngan dak klaki haha…upanya pompwan r…betul2 kacak dia nie heheh..jimmy taw dia pompwan pon sebab ad link FB dia uh…kalau x memang xkan taw r dia uh pompwan….blog dia sumpah simple giler r!!!…x bersepah2 macam setengah blog uh..heheh jimmy punye pon sama gak kot..tapi xdk lagi r yang tegur heheh….okew r uh…kalau nak taw lebih usha r sendiri..
sebelom tu usha pic bukti ni dulu k:
da r malas nak cakap bnyak jimmy nak blogwalking lagi usha cter sal paus ngan bishop uh baru dapat taw tadi…semua ad kena mengena weyh…tadi kat kelas jimmy denga cter kawan2 pasal cter 2o12..alarh cter omputih uh yang pasal ari khiamat uh…yang paling beshnya cter ni dikaitkan dengan tsunami kt jepun baru2 ni uh….sebab cter uh Negara akhir kena tsunami adalh jepun pada 2012….skang 2011 jepun da kena tsunami……ad kaitan ke?...korang rasa ad ke?....ntah r tu yang kna wat skit research ckit..
k r semua wasalam….~
eah2 lupalak nak kasi awards uh ea?...nah cikkacak ko copy-paste yer pic yang aku create ni khas untuk ko
k…
awards dia yang ni bukan atas uh k!!
tapi kalau boleh ko kreditkan semula ke blog aku nti k..hehehe~
darh2 jum chil da nak masuk maghrib da nie k....jumpa lagi nanti untuk entri yang seterusnya k...
© 2011 Hakcipta Terpelihara jimmy amer
Dolphins selamatkan dari menjadi mangsa JERUNG PUTIH
Sekumpulan perenang telah diselamatkan daripada menjadi makanan si pemangsa Jerung Putih di panta timur laut New Zealand.
Rob Howes dan tiga lagi rakan penjaga keselamatan berlatih berenang kira-kira 100 meter dari tepi pantai Ocean Beach.
Dikatakan bahawa ketika jerung itu menyerang , sekawan dolphins terbabit telah membuat satu kawanan untuk menghalang jerung terbabit untuk mendekati mereka.
Selama 40 minit sekawan dolphins itu mengelilingi mereka sehingga mereka sampai di tepi pantai terbabit.
Baca lagi di sini : !Finest Gallery
Ke manakah hilangnya mulia dalam kemiskinan?
As salam..
Barangkali itulah ayat manis yang beliau gunakan untuk menarik perhatian 'pelanggan'. hasil pembacaan dari harian metro. Rasa kasihan melihat apa yang telah berlaku kepada si gadis yang masih bersekolah.alasannya cukup mudah. kerana ingin membeli belah dan juga membeli peralatan sekolah. sanggup melakukannya di mana-mana tak kira masa. mula aktif sejak berumur 15 tahun.akibatnya, Allah turunkan musibah atas apa yang beliah telah lakukan. alhamdulillah..moga apa yang telah berlaku, betul-betul mengembalikan beliau ke pangkal jalan-Nya..ameen..

dunia tanpa sempadan,
jadi motto untuk tubuh badan.
bukan salah pada kemajuan,
tapi kerana mengikut kemahuan.
kemiskinan yang mulia disisi-Nya adalah sebaik2 usaha kearah akhirat semata-mata.
kemiskinan yang hina disisi-Nya adalah seburuk-buruk usaha ke arah dunia semata-mata.
CREDIT TO : под строительство
SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA
Jika anda blogger PEREMPUAN maka inilah soalannya ..
LELAKI pilihan anda ?
Ciri-ciri utama semestinya yang beriman.. boleh jadi imam dalam solat..solat lima waktu cukup...pandai mengaji..yang selebihnya..ialah bekerjaya, hormat orang tua dan baik hatii.. bekerjaya tuh penting sebab cabaran masa depan sekarang sangat sengit..dari segi rupa, ermm, aku jenis tak pentingkan rupa sangat, janji sedap mata aku memandang..mate orang lain aku tak kesah..ngeh3...paling kurang kalau tak hensem pon, manis tuh ada...hehe
Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Lelaki seksi??? pehhh...susah nk jawab definisi lelaki seksi nih..haha..tapi bagi aku lah, definisi lelaki seksi bagi aku ialah pada mata..eye..mata..haha... bagi aku seorang lelaki yang matanya kuyu ataupun istilah aku aku sebut 'mata sting' ialah seorang lelaki yang seksi... hahaha...;p
LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Yup, ada lelaki yang sanggup berkorban demi cinta mereka... memang ade lelaki yang jenis berkorban sebelum memiliki cinta...paham2 lah ye..ape yang dimahukan lelaki seperti ini..tapi...ni semua bergantung atas tahap iman, dan kejujuran lelaki tuh sndiri..kalau dye benar2 syg seseorang perempuan tuh..dye akan jage kehormatan perempuan yang dye cintai tuh... biasenye lelaki yang berkorban hanya sebelum mndapatkn cinta, yang terjadi lepas lelaki tuh dah miliki cinta perempuan tuh..situasinya yang akan terjadi ialah ibarat habis madu sepah dibuang lah kot..ermm, ni pandangan aku lah..
Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
SEMESTINYA... hahaha..aku dari kecik sampai aku dah agak dewasa untuk paham erti kehidupan nih, aku memang anti ngan poligami atau bermadu nih..sebab?? mudah je, aku tak sanggup nak kongsi kasih dan cinta aku dengan perempuan lain...walaupun aku tahu, poligami nih sunnah nabi, tapi aku kalau boleh elakkan, aku akan elakkan..insyaAllah....
Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Putus terus..hahaha..buat ape bercinta ngan lelaki yang curang kan??? tapi sebelum nak putus tuh, mesti siasat betul2 dan minta penjelasan dari lelaki tuh dulu..
LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Soklan nih susah gak nak jawab..sebab dalam zaman milenium nih, ramai je kita lihat perempuan pon pandai main kayu tiga... so, isu curang nih tak bergantung atas jantina..tapi bergantung pada kejujuran individu tuh sendiri..
SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
PEREMPUAN...perempuan biasanya lebih setia...aku bercakap berdasarkan pengalaman sekeliling... ade lelaki yang kaki setia, tapi nisbahnya kecil kalau nak dibandingkan dengan perempuan
Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Err..aku?? aku mudah cemburu..tapi jap2..nak cemburu camne..kat sape...pakwe pon takde...hahaha..tapi, aku nih jenis yang tak cemburu sangat lah kot..aku taklaeh na komen sangat soklan nih sebab tak tahu nak cemburu kat sape...ngeh3..
Okeh!! saye dah siap jawab semua soklan encik Ben!!!! sape2 nak join gak sila KLIK SINI
CREDIT TO : strawberrycincau_punye_cerite
Di Dalam Heningnya Suasana
Di dalam heningnya suasana, seperti pagi-pagi yang lain, masyarakat sang semut di pinggir bukit sedang sibuk dengan kewajipan mereka. Masyarakat bawah tanah ini sememangnya sejenis makhluk yang amat rajin bekerja. Segala-galanya demi koloni dan juga ratu tercinta. Apatah lagi mereka adalah koloni yang terkuat berbanding mana-mana koloni semut di kawasan itu. Mereka beranggapan merekalah raja segala buana, penakluk segala mayapada.
Di dalam heningnya suasana, seperti pagi-pagi yang lain, ada golongan semut yang ditugaskan menjaga larva-larva sang ratu, ada yang sibuk membetulkan struktur sarang mereka, ada yang bertugas menjaga keselamatan koloni menggunakan rahang yang berbisa, dan ada pula yang sibuk mencari makanan demi mengisi kantong tonggek seisi koloni. Seperti biasa, sang ratu pula duduk di singgahsana sambil melahirkan larva-larva baru. Larva-larva itulah nadi kesinambungan koloni yang mereka bangga-banggakan. Bahkan merekalah yang menjadi harapan masa ini dan tunggak masa hadapan koloni terhebat itu.
Di dalam heningnya suasana, seperti pagi-pagi yang lain, keadaan berlangsung seperti biasa. Sama seperti semalam, dan sama seperti hari-hari sebelumnya. Namun disaat mentari mula memanjat tinggi, satu gegaran yang maha dahsyat menggegarkan seisi koloni. Terhenti segala kerja, terhenti segala kewajipan, terhenti segala urusan. Hiruk pekik terdengar di sana sini. Sang ratu yang terkenal dengan sikap angkuhnya juga tidak terkecuali menjerit ketakutan.
Kemudian segala-galanya menjadi senyap semula. Hening mula mengambil tempat. Namun jelas kelihatan banyak dinding-dinding sarang yang runtuh akibat gegaran tadi. Banyak larva-larva yang berteraburan di sana sini. Makanan-makanan mereka juga berkaparan bagaikan daun-daun kering luruh dipukul ribut.
Di dalam heningnya suasana, mereka terpinga-pinga. Mungkin bencana itu sudah berhenti kata sang ratu. Sang pemimpin kemudian mengarahkan seorang pengawalnya untuk pergi menjenguk ke dunia atas untuk menyiasat apakah gerangannya musibah yang menimpa mereka itu.
Baru sahaja beberapa langkah sang pengawal berjalan, terdengar bunyi deruan air. Sang semut sekalian memasang telinga. Tiba-tiba menderu air yang hitam berlumpur entah dari mana datangnya menerjah ke dalam ruang sarang mereka bagaikan naga yang mengila. Bertempiaran semut-semut mencari perlindungan. Ada yang memanjat dinding, ada yang berlari menyusuri lubang-lubang, namun banyak juga yang hanyut dicengkam arus yang menderu.
Sang ratu diusung oleh pegawal-pengawalnya naik ke atas sarang ke tempat yang selamat. Dari situ ia melihat kebinasaan yang dibawa oleh sang arus. Sarang koloni yang telah dibina dengan jerih perih rakyatnya hancur bagaikan kertas yang dironyok-ronyok. Jasad semut-semut yang tidak lagi bernyawa terapung bersama-sama larva-larva putih berpencar-pencar sana dan sini.
Arus air yang mengila itu kemudiannya surut dengan pantas. Seperti mana cepatnya ia datang, begitu juga cepatnya ia pergi. Semut-semut yang terselamat mula turun dari tempat persembunyian masing-masing. Mereka hanya mampu berdiri tertegun melihat kemusnahan yang dibawa oleh arus hitam yang tidak diundang itu. Sang ratu hanya boleh memandang segala-galanya dengan rasa pilu. Sekuat dan sehebat mana pun koloninya, tidak mampu melawan kehendak takdir. Mentari semakin tunduk ke ufuk barat.
Di dalam heningnya suasana, tidak seperti petang-petang yang lain, semut-semut bersama ratunya duduk bersama-sama menginsafi kelemahan diri dan merenung pada kedaifan jasadi. Mereka sedar kini mereka hanya makhluk kerdil, yang bisa terhapus dalam sekelip mata, yang bisa lenyap dalam sehela nafas, tanpa mampu mereka berbuat apa-apa kecuali pasrah kepada azali.
CREDIT TO : http://mutalibattholib.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)