29 March 2011
Bekerja Sambil Belajar. Baik atau Tidak?
Assalamualaikum..
Di keheningan malam yang penuh dengan kesejukan, tiba-tiba aku terfikir untuk membuat entri yang bertajuk "Kerja Sambilan Semasa Belajar". Ok, tujuan aku buat entri ini adalah untuk membincangkan mengenai kebaikan dan juga keburukan kerja sambilan ini ataupun lebih dikenali sebagai kerja "part-time" semasa belajar. Mungkin sesetengah individu itu dapat membahagikan masa pembelajarannya dengan masa kerjanya, namun adakah semua orang mampu untuk melakukan sedemikian ? Baik, di sini aku tampilkan beberapa kebaikan dan juga keburukan dalam pekerjaan sambilan sambil belajar ini.
Kebaikan
1) Dapat mengumpul duit untuk membeli barang-barang keperluan lebih daripada orang lain.
2) Dapat merasakan kepuasan dalam membelanjakan duit dari titik peluh usaha sendiri.
3) Dapat memberi kesedaran terhadap diri bahawa betapa susahnya ibu bapa kita mencari duit untuk sesuap nasi
Keburukan
1) Assignment, report, tugasan yang diberikan tidak dapat untuk disiapkan kerana terlalu penat.
2) Tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas pembelajaran.
3) Kehidupan nampak lebih bercelaru kerana jadual harian menjadi lebih ketat daripada biasa.
Baiklah, ini hanyalah pendapat daripada aku yang belum pernah kerja sambilan semasa belajar lagi. Mungkin korang yang ada pengalaman mengenai ini dapat berkongsi pengalaman korang itu di sini. Jadi, jangan malu jangan segan untuk meluahkan pendapat korang ok. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Sekian sahaja untuk kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
susah nak maintain blaja klu keje ni... lagi elok klu jimat dari awal...
@KasihPena
yup, sye pn ase mcm tu, nk bhagi masa tu mmg ssh.. tp xtw lh ad jgk org yg bleh cover study dy..
:) thx for d information :)) wt tuk assignment Q .. mybe buat keja smbilan sgt memenatkan . bru wt keja uma pn sda pnat , pa g keja siang mlm . lebih2 ada kelas mlm . tp org yg rajin berusaha tu , da jua hikmah dia tu tau . so , gud luck la . god bless :))