15 March 2011

Tsunami dan keprihatinan

Salam pembuka bicara..

Saya melayari laman Saifulislam.com dan saya rasa ada sesuatu yang patut dikongsi mengenai tsunami akal dan budi di tanah air sendiri.

Cuba kita imbas balik kejadian lori terbalik di PLUS highway berdekatan Tanjung Malim dan orang ramai mengaut beras tanpa mempedulikan keadaan pemandu dan klendan lori.

Cuba imbas balik kejadian orang ramai mengutip duit syiling di Negeri Sembilan akibat berlakunya kemalangan.

Dan terbaru, 11 Mac 2011 kejadian tsunami di Jepun.

Dimana sensitiviti bila ramai bercerita mengenai kesan ekonomi dan kedudukan pasaran saham di Malaysia akibat bencana alam ini. Mereka tak minta pun bencana alam ini berlaku kepada mereka. Kenapa ada yang mengeluarkan kenyataan seperti mementingkan diri sendiri. Ya, saya akui sebagai negara membangun, ekonomi itu amat penting tapi ekonomi yang dilakukan bersama Jepun berdasarkan dasar persahabatan bukan?

Lagi, kenapa seolah-olah ratu porno Jepun begitu penting keselamatannya. Oh ya, baru kali ini saya kenal Maria Ozawa. Selama ini tak pernah kenal pun. Bagaimana keadaan tokoh-tokoh yang terkenal di Jepun? Mereka selamat ke? Macam mana mereka selamat?





sumber: saifulislam.com


Lagi, kontroversi hebat berita harian mengenai ultraman dan kartun. Sampai tersebar di CNN ireport. Seolah-olah menpersendakan apa yang berlaku. Malah, sms Fizz Fairus mengenai ultraman la doremon la. Itu semua lawak bodoh yang tidak menitik berat kesan yang akan diterima.





sumber: saifulislam.com


Dimana keprihatinan sesetengah masyarakat Malaysia? Macam tak sama dengan sifat sopan santun, lemah lembut atau saling menghormati seperti yang dicanangkan sejak saya kecil? Fikir-fikir kan lah.

Ulasan penuh dari halaman ini. Harap kamu baca ulasan ustaz.

xoxo

CREDIT TO : Bicara Gadis Jujur

2 Responses to “Tsunami dan keprihatinan”

  • Shafika Syuhada Rosli says:
    March 15, 2011 at 5:49 PM

    sad . why ada malaysian yg tak sensitive ??? klu kene kat negara sendiri tau pulak nak melenting .

  • WakafKita11 says:
    March 15, 2011 at 6:44 PM

    yup, setuju sgt shafika, mybe sbb kita xrasa apa yang diorang rasa. kan?

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;