Aku tak pasti sama ada korang pernah baca ataupun tidak berkenaan dengan entri aku kali ini. Tapi, itulah yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Nama jambatan ini adalah Jiaozhou Bay Bridge yang terletak di China. Panjang jambatan ini adalah 26.4 batu yang mana bersamaan dengan 42.5km. Perghh ! Panjang kot ! Hahahahaha ! Jom kita tengok gambar dan video di bawah ini !
Mungkin lagu ini sudah lama dikeluarkan dan sudah popular pun. Kalau dulu aku membuat entri bertajuk Song dari Najwa Latif dengan lagu-lagu covered dan juga sebuah lagu ciptaannya iaitu Carta Hati. Namun kini penyanyi ini telah pun mengeluarkan sebuah lagu lagi bersama-sama dengan Official Video Klip. Jom kita tengok video di bawah ni !
Lirik Lagu
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Sebenarnya sudah lama aku nak buat video ini. Cuma kekurangan masa saja. Jadi sekarang video ini sudah pun siap. Ok, video ini aku buatkan untuk mereka yang newbie macam aku ini dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop. Video ini menunjukkan mengenai cara buat simple animation. Memang simple. Perisian yang aku guna adalah Adobe Photoshop CS3. So, jom kita belajar sama-sama !
p/s : sebarang kekurangan dalam video ini harap dimaafkan sebab aku pun newbie juga dalam bidang ini. Aku harap video ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua oke ! Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen terus di entri ini atau terus pergi ke CONTACT.
Baik, entri untuk kali ini, aku tengah jalan-jalan di You Tube tadi, then terjumpa video kelakar ini. Sebenarnya memang aku pun terfikir juga, kenapa Amir belum terkeluar lagi dari Maharaja Lawak tu. So, di sini ada jawapannya. Memang ramai pengundi Amir ini. Hahaha
p/s : kalau ada peminat amir kat sini, aku minta maaf ye. memang aku tak suka dengan lawak yang dia buat tu. hehehehe
Keguguran rambut sering berlaku terutamanya kepada golongan dewasa yang semakin meningkat umur mereka. Jadi kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu video yang menarik ini. Video ini menunjukkan demonstrasi mengenai penggunaan produk ini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal produk ini, boleh klik sini.
p/s : habislah Yun Nam Hair Care lepas ni.. Hehehehehe
Pernah tak korang semua menonton silap mata? Meanrik bukan aksi-aksi yang diorang selalu lakukan itu? Tapi setiap apa yang dilakukan itu, mesti terdapat juga kesilapan. Setiap pekerjaan yang dilakukan itu mesti ada risikonya tersendiri bukan? Jom sama-sama kita tengok video ini !
p/s : pengajarannya adalah kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa-apa pekerjaan sekali pun.
Baik, lagu ini telah disyorkan oleh seorang yang istimewa dalam hidup aku. Jadi, video klip untuk kali ini adalah sebuah lagu nasyid yang sudah agak lama namun lagunya itu tak bosan didengar dan liriknya juga memberi seribu satu makna yang amat berharga. So, aku share dengan korang semua video klip dan seperti biasa aku sertakan juga dengan lirik lagu oke ! Jom layan..
Lirik : Kerana Cinta - InTeam & Mestica
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
Pernah korang tengok iklan-iklan yang kelakar ? Tak kisah lah di Youtube ke ataupun mana-mana. Hahaha. Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua beberapa iklan-iklan luar negara yang memang kelakar. Nampak macam sempoi pun ada. Jom sama-sama kita tengok !
p/s : video yang terakhir itu bukannya iklan, tapi temuramah wartawan terhadap dia. Tapi dia menggelabah. Memang kelakar ! Hahahaa
Rasa-rasanya lama sudah aku tak buat entri mengenai music video kan? Baik, hari ini aku nak berkongsi pasal lagu yang bertajuk "Senyum". Mesti korang semua sudah pernah dengar kan? Rasa bahagia je ~~lalalala~~ Ok, di bawah ini aku sertakan sekali video dan lirik. Sambil dengar dan tonton tu, mulut pun boleh nak nyayi juga. Hehehe.. So, enjoy ye dengar lagu ini !
ABAIKAN GAMBAR DALAM VIDEO INI. HEHEHE
LIRIK
Senyum senyum senyum
Senyum senyum VerseKacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit ChorusSenyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit Ulang VerseUlang ChorusAy buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit Ulang VerseUlang ChorusUlang VerseSenyum :)
Hari ini aku berjalan-jalan dalam sebuah blog ini. Iaitu blog BLEEDDRUMMERZ. Jadi di sini aku hendak berkongsi dengan korang semua tutorial cara-cara untuk meletakkan password pada sesebuah folder tanpa menggunakan sebarang software. Cara yang harus korang lakukan adalah mudah sekali. Jom kita belajar.
1) Korang buka "new folder".
2) Dalam new folder itu, korang right click dan pilih new text document.
3) Kemudian korang copy dan paste semua code di bawah ini di dalam new text document tadi.
Quote:
Quote: cls
@ECHO OFF
title Folder Private
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Private goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure you want to lock the folder(Y/N)
4) Gantikan tulisan berwarna merah itu dengan password yang korang kehendaki. Di dalam video tutorial yang aku buat itu aku letakkan "testing" sebagai password.
5) Save as file text document tersebut dan letakkan file name "locker.bat"
6) Selepas korang dah save as file document tersebut, akan muncul satu file bernama locker.
7) Klik file tersebut dan akan keluar folder bernama "Private".
8) Copy dan paste file yang korang ingin sorokkan tersebut ke dalam folder "Private".
9) Keluar dari folder tersebut. Klik file locker. Kemudian taip "Y". Folder "Private" tersebut akan hilang. Ini bermakna file tersebut telah berjaya disorokkan.
10) Untuk membuka file "Private", klik file locker dan masukkan password yang korang dah setkan tadi. File tersebut akan mucul semula.
VIDEO TUTORIAL
p/s : kalau ada apa-apa yang tidak faham, korang boleh bertanya ok. Terima kasih.
Ok, entri pada kali ini pula ialah seperti yang korang tengok gambar di atas tu. "SENYUM". Banyak kajian yang dilakukan dalam mencari effect ataupun kesan terhadap senyuman. So, di sini aku nak berkongsi dengan korang semua tentang kebaikan-kebaikan senyum. Jom baca ini!
1) Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2) Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3) Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4) Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5) Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6) Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7) Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8) Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9) Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10) Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11) Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12) Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13) Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14) Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Baik, sekarang ini pula, aku nak berkongsi video ini, cara-cara hendak mendapatkan smile yang menggoda. Enjoy watching this video !
Jadi, setakat ini dulu entri untuk kali ini. Selepas ini kalau ada apa-apa lagi tip-tip menarik, aku akan kongsi dengan korang semua ok. Assalamualaikum.
Baik, music video kali ini pula aku nak berkongsi dengan korang semua video dari nyayian Dina dan Zizan. Tajuk lagu ini adalah Selamat Tinggal. Hahaha, agak menarik selepas aku tengok video klip ini. Zizan siap rap lagi tu. Mesti korang pun dah penah dengarkan lagu ini di radio-radio? Kan2? Jom kita tengok video klip ini..
Ok, sini aku sertakan sekali lirik lagu ini.
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Actually perkara ini aku dapat tahu dari semalam lagi di facebook. Seorang gadis yang kecewa kerana baru putus cinta nekad untuk terjun dari bangunan KB Mall. Mengikut sumber, gadis tersebut hanya cedera ringan kerana pihak bomba telah menyediakan beberapa lapis tilam di bawah. Jom kita tengok video ini.
Ini pula video semasa gadis itu jatuh dan disambut oleh beberapa anggota bomba.
p/s : apabila nafsu dan syaitan dijadikan pembimbing, ini lah kesannya ke atas seseorang yang menjadi hamba terhadap mereka. Sesungguhnya, segala yang terjadi itu merupakan ketentuan Ilahi untuk menguji tahap keimanan hamba-Nya.
Baik, kalau sebelum ini aku kongsi video music pasal Linkin Park, sekarang ini aku nak share dengan korang semua video klip dari seorang girl ni, bagi aku suara dia agak sedap, boleh tahan. That is my opinion. Pendapat korang pula macam mana? Jom sama-sama dengar dan komen.
Baik semua, jadi kali ini pula aku nak kongsi pasal video music. Video yang aku nak kongsi ini bertajuk "Waiting For The End" daripada Linkin Park. Baru tak baru lah, dah lama juga rasanya lagu ini. Di sini aku sediakan sekali lirik lagu ini. Jom kita bernyayi bersama-sama. Hehehe..
This is not the end This is not the beginning, Just a voice like a riot Rocking every revision But you listen to the tone And the violent rhythm Though the words sound steady Something empty's within 'em
We say Yeah! With fists flying up in the air Like we're holding onto something That's invisible there, 'Cause we're living at the mercy of The pain and the fear Until we dead it, Forget it, Let it all disappear.
Waiting for the end to come Wishing I had strength to stand This is not what I had planned It's out of my control....
Flying at the speed of light Thoughts were spinning in my head So many things were left unsaid It's hard to let you go...
(Oh!) I know what it takes to move on, I know how it feels to lie, All I wanna do Is trade this life for something new Holding on to what I haven't got
Sitting in an empty room Trying to forget the past This was never meant to last, I wish it wasn't so...
(Oh!) I know what it takes to move on, I know how it feels to lie, All I wanna do Is trade this life for something new Holding on to what I haven't got
What was left when that fire was gone? I thought it felt right but that right was wrong All caught up in the eye of the storm And trying to figure out what it's like moving on And i don't even know what kind of things I've said My mouth kept moving and my mind went dead So, picking up the pieces, now where to begin? The hardest part of ending Is starting again!!
All I wanna do Is trade this life for something new Holding on to what i haven't got...
This is not the end This is not the beginning, Just a voice like a riot Rocking every revision But you listen to the tone And the violet rhythm Though the words sound steady Something empty's within 'em (Holding on to what i haven't got)
We say Yeah! With fists flying up in the air Like we're holding onto something That's invisible there, 'Cause we're living at the mercy of The pain and the fear Until we dead it, Forget it, Let it all disappear (Holding on to what i haven't got!)
Trailer filem yang aku nak tunjuk ini mungkin dah ramai dah yang tengok. Tapi sahaja nak kongsi bersama. Filem ini akan ditayangkan pada 12 Mei 2011. Korang semua jangan lupa ok pergi serbu seluruh panggung di Malaysia ini. Filem ini berjudul KONGSI ~ Lu Langsi Lu Mati. Wahh, bahaya di situ... Apa-apa pun, jom baca sinopsis berkenaan filem ini.
Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.
Video Trailer :
Yang ini pula mungkin video semasa penggambaran dijalankan :
p/s : nanti kalau ada yang sudah tengok, komen-komen lah pasal filem ini ok..
Jadi entri pada hari ini adalah aku nak kongsi dengan korang semua mengenai satu video ini. Terkantoi menari bogel dengan bapa dia sendiri. Memandangkan dunia ini sedang pesat membangun jadi memang banyak teknologi-teknologi yang kini semakin bertambah canggih. Ibu bapa pada masa kini perlu lebih berhati-hati dan juga perlu memberi perhatian sepenuhnya agar anak-anak tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial yang semakin meruncing sekarang ini. Walaupun video ini bukan lah seorang umat Islam, namun tidak mustahil anak remaja Islam kita juga boleh untuk berbuat demikian.
Tujuan aku tunjuk video ini semata-mata untuk memberi pengajaran terumatanya kepada ibu bapa dalam memerhatikan anak mereka sepanjang masa. Ok, sekian sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih.
p/s : habislah budak perempuan dalam video tu, entah dia kena apa dengan ayah dia tu. Hahahaha !