Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

08 September 2011

Masalah Pada Yahoo Messenger

Assalamualaikum..
Baik, tutorial pada kali ini yang ingin aku berkongsi adalah berkaitan dengan masalah yang mana aku sendiri seirng hadapi. Masuk kali ini dah 2 kali aku kena. Masalahnya adalah apabila kita sedang chat, tidak kelihatan tulisan pada chat box itu. Setelah aku menggunakan khidmat Pak Cik Google, jadi di sini aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai tutorial mudah ini.

Ikut langkah-langkah ini :


1) Run CMD as administrator
2) Copy dan paste kan registry ini dan ENTER.

  • regsvr32 jscript.dll
  • regsvr32 vbscript.dll 






p/s : Jangan lupa untuk Restart balik PC/Laptop korang oke !

20 April 2011

Tutorial Membuat Simple Animation


Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah lama aku nak buat video ini. Cuma kekurangan masa saja. Jadi sekarang video ini sudah pun siap. Ok, video ini aku buatkan untuk mereka yang newbie macam aku ini dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop. Video ini menunjukkan mengenai cara buat simple animation. Memang simple. Perisian yang aku guna adalah Adobe Photoshop CS3. So, jom kita belajar sama-sama !



p/s : sebarang kekurangan dalam video ini harap dimaafkan sebab aku pun newbie juga dalam bidang ini. Aku harap video ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua oke ! Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen terus di entri ini atau terus pergi ke CONTACT.


19 April 2011

Jom buat wallpaper !

Assalamualaikum..


Oke, kali ini aku nak kongsi dengan korang sume mengenai cara-cara nak buat wallpaper yang simple-simple aje.. Software yang aku guna adalah adobe photoshop CS3. Jom kita mula !






1) korang klik file > new . Then korang setting size kanvas ini ikut resolution PC korang oke.






2) Penuhkan kanvas tu dengan warna hitam. Klik pada icon yang mcm tong cat tuh.




3) Oke, sekarang mula tulis perkataan yang diinginkan. Pilih jenis font yang diminati. Colour untuk tulisan itu pun pilih ikut kemahuan sendiri.




4) Oke, buka satu layer baru. Seterusnya pergi ke filter > render > cloud.










5) Kemudian pergi ke Filter > skectch > chrome. Setkan nilai seperti di dalam gambar. Klik ok.



6) Seterusnya pula klik pada layer yang sama, tukakan jenis layer dari normal > color dodge. Klik ok.






                                            
Selepas klik ok

7) Duplicate layer WAKAFKITA '11 sebanyak 4 kali. Tekan CTRL+J sebanyak 4 kali.



8) Klik pada layer "copy 2". Pergi ke filter > blur > motion blur. Setkan nilai angle = "0" manakala distance ="155". Seterusnya pula buat langkah yang sama untuk layer "copy 3" dan "copy 4" dengan nilai angle= "45" dan "-45" . Bagi nilai distance adalah sama iaitu "155".



9) Merge keempat-empat  layer iaitu "copy", "copy 2" , "copy 3" ,dan "copy 4".




10) Hilangkan icon "mata" pada layer tulisan WAKAFKITA '11 (yang ada huruf "T"). Kemudian pergi ke filter > blur > gaussian blur.


11) Setkan nilai radius kepada "100.0" .



12) Klik kembali icon "mata" yang dihilangkan tadi. Tuka warna tulisan WAKAFKITA '11 dengan warna yang lain. Kemudian klik sebanyak 2 kali pada layer WAKAFKITA '11 . Setkan blending option tersebut dengan nilai yang korang nak. Klik ok.






13) Sekiranya korang ingin menukarkan warna background tersebut dengan warna lain, pergi ke image > adjustment > hue & saturation. Ubah nilai hue dan korang akan dapat lihat warna itu akan berubah. Macam yang aku buat ini, tukar ke warna merah.



14) Akhir sekali, pergi ke file > save for web and devices. Klik save dan siap !!

p/s : simple kan? kalau korang ada apa-apa yang tiadak faham, korang komen oke kat post ni, aku cuba jawab mana yang termampu. Sekian, wassalam..


11 April 2011

Tips menghafal Al-Quran



Assalamualaikum.


Al-Quran dan As-sunnah merupakan 2 perkara yang telah ditinggalkan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW yang membawa maksud :-


"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku."


Jadi di sini, kita sebaik-baiknya cuba untuk menghafal al-Quran sebanyak mana yang termampu ataupun menghafal beberapa surah yang penting di dalam al-Quran. Sukacita aku mengatakan terasa diri ini ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman dalam menghafal ayat-ayat suci al-Quran. 


Antara tips yang sering aku gunakan adalah :-


1)  Sebelum kita mula menghafal, baca keseluruhan surah tersebut sekurang-kurangnya 2-3 kali. Kemudian, pastikan segala cara bacaan, sebutan makhraj dan juga tajwid adalah betul.


2)  Mula menghafal ayat pertama. Disiplinkan diri untuk menghafal sekurang-kurang 5-6 ayat sehari. Sekiranya ayat di dalam surah itu agak panjang, pastikan anda dapat menghafal 3-4 ayat. Jikalau lebih, amatlah digalakkan.


3)  Semasa menghafal suatu ayat tersebut, ulang sebanyak 7-10 kali dengan membaca ayat tersebut. Kemudian, pejamkan mata anda dan mula membaca ayat tersebut dengan betul. (Pengulangan bacaan ayat tersebut bergantung kepada kemampuan anda).


4)  Sekiranya anda sudah dapat menghafal ayat 1 dengan baik, mula menghafal ayat yang seterusnya pula. Ulang langkah 3 semula.


5)  Selepas anda dapat menghafal kedua-dua ayat tersebut, sebelum anda mula menghafal ayat ke-3, pastikan, anda baca terlebih dahulu ayat 1 dan 2 yang baru anda hafal sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi tahap ingatan anda terhadap ayat-ayat tersebut.


6)  Untuk ayat-ayat seterusnya, ulang langkah 3 dan 4 tadi dengan baik.




Selain daripada tips-tips di atas, hati kita secara peribadinya haruslah ikhlas dengan setiap apa amalan yang kita lakukan. Sentiasa merendah diri kepada Allah SWT dan banyak berdoa agar dimudahkan segala kerja dan amalan yang kita lakukan.


Baik, tips yang aku berikan di atas ini merupakan pengalaman aku sendiri dalam menghafal beberapa surah di dalam al-Quran. Tips yang diberikan semata-mata untuk menghafal sahaja, tidak termasuk dengan cara penjagaan makanan bagi seorang hafiz, ataupun lain-lain.


Seandainya korang ada pengalaman dan juga tips-tips yang lebih berkesan dan berguna untuk semua orang, korang boleh komen pada entri ini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan yang amat berguna ini dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan terhadap diri kita semula. Wallahua'lam..


Sekian, assalamualaikum.



 
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;