21 March 2011

Jom Buat Entri Bersama WakafKita'11


Wakaf Kita



Assalamualaikum..


Selamat petang diucapkan kepada semua, baik, di sini saya ingin membuat satu pengumuman iaitu mengenai SUBMIT ENTRI ANDA di WakafKita '11Tujuan saya mengadakan perkongsian entri ini adalah semata-semata hanya untuk kita sama-sama berkongsi segala maklumat dan info terkini sesama para blogger. Bukan untuk menaikkan trafik blog anda atau sebagainya. Bagi permulaan, anda semua boleh submit apa sahaja entri ke sini sama ada tutorial, info terkini, gambar-gambar,bentuk pengiklanan dan lain-lain lagi. Sekiranya rancangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, saya akan menyediakan hadiah-hadiah mengikut kategori (akan diberitahu kemudian) bagi mereka yang menyediakan entri yang menarik. Bukan contest, tapi semata-mata untuk menghargai segala kerjasama yang anda dah berikan. Baik, setiap entri yang anda submit itu akan ditapis dahulu sebelum saya letakkan di dalam blog ini. Manakala setiap entri anda itu saya juga akan letakkan link untuk terus ke blog masing-masing sekali gus sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan trafik blog anda.

Berikut adalah syarat-syarat untuk submit entri :             

  • anda harus menjadi follower blog ini terlebih dahulu.
  • entri anda haruslah sekurang-kurangnya mempunyai satu gambar dan letakkan link gambar itu sebelum ianya di submit.
  • entri yang dibuat haruslah tidak mempunyai unsur-unsur lucah, pornografi dan setaraf dengannya.
  • tidak mengutuk/mengumpat/berniat untuk menjatuhkan/memalukan mana-mana individu.
*Sekiranya entri anda itu terdapat gambar, sila sertakan link gambar tersebut untuk saya letakkan di dalam entri nanti.

Sungguh mudahkan? Jadi teruskan usaha murni anda untuk membuat perkongsian dalam apa jenis entri sekali pun. Setiap entri anda akan saya letakkan pada bahagian entri menarik, Sebarang pertanyaan dan masalah, sila berhubung dengan admin di sini.


Tutorial untuk submit entri.


1) Klik pada SUBMIT ENTRI.




2) Isi setiap kotak tersebut.



3) Klik Submit Form.
4) Selesai.


Sekian, terima kasih.

1 Response to “Jom Buat Entri Bersama WakafKita'11”

  • cdsite says:
    March 18, 2012 at 11:08 AM

    Cadangnya nak cuba juga...bagaimana ye?

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;