Assalamualaikum..
Setiap manusia menginginkan sesuatu yang sempurna di dalam kehidupan mereka. Terutamanya dalam memiliki pasangan hidup yang sempurna. Manusia mana yang tidak mahukan kebahagiaan di dalam rumahtangga mereka? Malahan kalau boleh nak kan seorang isteri yang setabah Saidatina Siti Khadijah, ataupun seorang suami sekuat Saidina Ali Karamallahiwajhah. Oleh yang demikian, tergerak di hati aku ini untuk membuat entri mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada seorang wanita untuk menjadikan dirinya seorang wanita yang solehah. Kenapa aku nak buat entri ini? Atas permintaan seorang yang istimewa dalam hidup aku. Jadi dalam entri ini aku hanya serta beberapa ciri yang mana ada aku terfikirkan saja. Bermaksud, banyak lagi faktor-faktor lain untuk menjadi wanita solehah.
1) Sentiasa menjaga aurat diri.
- Perkara ini amatlah penting. Aurat tersebut bermaksud kecacatan. Allah melarang setiap hamba-Nya mendedahkan aurat. Ini penting, kerana apabila aurat seorang perempuan itu dapat dilihat oleh seorang lelaki bukan muhrimnya, mahupun muhrimnya, sudah tentu dapat mendatangkan syahwat terhadap lelaki tersebut. Sekaligus, aurat menjadi salah satu punca dalam berlakunya kes-kes rogol dalam dunia ini. Penjagaan aurat juga dapat melambangkan bagaimana wanita itu menjaga maruah diri mereka.
2) Menjaga batas-batas pergaulan.
- Sebagaimana hari ini, kita dapat melihat bahawa ramai wanita terutamanya remaja tidak dapat untuk menjaga batas-batas pergaulan dalam kehidupan mereka dengan baik. Mereka dengan bersahaja menunggang motosikal dengan lelaki yang bukan muhrim. Keluar bersama-sama tanpa perasaan segan silu, berpegangan tangan sesama sendiri. Tidakkah perkara-perkara tersebut dapat menimbulkan fitnah? Oleh itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak ke arah kebaikan selain diri anak-anak itu sendiri yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik.
3) Bersahabat dengan wanita solehah.
- Faktor ini juga penting dalam mendidik diri menjadi wanita yang solehah. Seperti yang kita tahu, rakan-rakan terutamanya rakan sebaya merupakan faktor yang boleh menyebabkan kita terjerumus ke arah kemaksiatan. Oleh yang demikian, bersahabatlah dengan wanita yang solehah. Cuba untuk mengikuti amalan-amalan yang sahabat tersebut lakukan. Banyakkan bertukar pendapat dengan sahabat tersebut. InsyaAllah, kita juga akan jadi sepertinya. Bak kata orang, kalau kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, kita juga turut akan menjadi wangi, begitu pula dengan sebaliknya. Sabda Rasullullah SAW :
“seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
Jadi, setakat ini dulu entri aku untuk kali ini. Aku harap, korang yang membaca ini sedikit sebanyak dapat mengubah diri masing-masing ke arah yang lebih baik. Bergerak setapak demi setapak untuk kita sama-sama menuju ke Syurga Ilahi. Kalau korang ada apa-apa pendapat lagi, boleh lah komen oke, untuk kita sama-sama tambahkan ilmu pengetahuan diri kita juga ye. Kalau ada masa, aku akan buat entri untuk lelaki pula ye. Oke, assalamualaikum..
smoga perjuangan mnjadi insan soleh dan solehah adalah milik kita..inshaAllah
@solehahismail
akak.. aminn