10 March 2011

7 Jenis Mayat Dalam Kubur

Bismillahirrahmanirrahim...


Firman Allah SWT, 


"Tiap-tiap yang berjiwa itu pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


Ali-Imran : 185






Jadi entry pada kali ini, aku nak kongsi pasal 7 jenis mayat yang terdapat dalam kubur nanti.


Golongan Pertama :

  • Mayat yang mukanya berpaling daripada dari arah kiblat. Itulah petanda bahwa semasa hidupnya telah melakukan banyak perkara-perkara syirik. Macam yang korang sume tahu lah kan, syirik ini adalah dosa yang amat besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah SWT. Kekal lah sape-sape yang syirik tu dalam neraka Allah.. Na'uzubillah...
Golongan Kedua :
  • Mayat yang mana mukanya berbentuk seperti khinzir. Itu petanda bahawasanya dalam hidupnya, tidak menunaikan kewajipan solat fardhu 5 waktu. Selain tu jugak, selalu lalai dalam solat, sering melakukan maksiat. Bagi aku pun, kadang-kadang kita tahu something yang kita buat tu memeng maksiat, tapi kita tetap jugak nak buat kan? Sebab apa? sebab masa tu nafsu yang control diri kita, bukan Iman lagi dah.. MasyaAllah...

Golongan Ketiga :
  • Mayat yang mana kepalanya hitam legam macam sebiji batu hitam. Itulah mayat semasa dalam hidupnya, derhaka terhadap kedua-dua ibubapanya. Korang pn tahu kan kalau kita nk "uhh" dengan mak ayah pun xboleh, inikan pula nak tengking2, tinggikan suara ngn diorang.. Nahh, ambik korang sape yang derhaka, mayat korang nanti kepala jadi hitam legam...

Golongan Keempat :
  • Mayatnya perut buncit dan meletup-letup. Itulah mayat semasa dalam hidupnya sering makan makanan yang haram, harta yang haram. Contoh senang adalah harta anak yatim, merompak,mencuri dan lain-lain lagi..
Golongan Kelima :
  • Mayatnya yang mana kukunya mencengkam dan melilit-lilit seluruh tubuh badannya. Itulah mayat yang semasa dalam kehidupannya, sering mengumpat, berkelahi, bergaduh, mengata dan macam-macam lagi lah !
Golongan Keenam :
  • Mayat yang keluar air mata air dari kuburnya, tapi air tu memang teramatlah busuk, bangkai lagi wangi. Itulah mayat orang yang suka sangat makan riba... MasyaAllah...



Terakhir sekali adalah mayat yang mana semua orang sebagai insan ingin kannya.. 

Golongan Ketujuh :
  • Mayat yang mana mukanya sentiasa tersenyum, penuh dengan Nur cahaya Illahi. Itulah mayat sepanjang hidupnya melakukan perkara-perkara dan amal yang soleh, sentiasa tunduk dalam menuruti perintah yang Maha Esa. Jadi, kita sume berharap agar dapat berada dalam golongan yang ketujuh ini.. Aminn...

Sebagai peringatan bersama.. Korang hayatilah lagu ini..


11 Responses to “7 Jenis Mayat Dalam Kubur”

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;