02 April 2011

Gambar Kreatif di Jalanan

Assalamualaikum.

Gambar menarik untuk kali ini pula, aku nak berkongsi gambar ataupun lukisan yang kreatif yang telah dilukis di jalanan. Pelbagai lukisan yang nampak dengan jelas seperti gambar sebenar. Memang menarik ! Jom kita tengok ! 













p/s : bila pelukis-pelukis di Malaysia nak buat macam ini? Hehehehe

Gambar Sandwich yang Menarik

Assalamualaikum.

Baik, entri untuk kali ini pula adalah untuk berkongsi gambar sandwich yang menarik yang ada di dunia ini. Macam-macam rekabentuk yang dibuat untuk menghasilkan sandwich-sandwich tersebut. Memang kreatif. Jom kita tengok !

WORLD SMALLEST SANDWICH

THE DADWICH

RUBIC'S CUBE SANDWICH

DELI TRAY PARTY STACKERS

THE LONGEST SANDWICH IN THE WORLD

HAND SANDWICH

SANDWICH BIRTHDAY CAKE


PIZZA SANDWICH


THE MEATBALL SNOWMAN

THE GIFTWICH

p/s : agak-agak korang semua ada selera tak kalau makan sandwich-sandwich ini? Hehehe

31 March 2011

Tip-tip menarik blogger datang ke blog



Assalamualaikum..


Baik, entri untuk malam ini adalah bertujuan untuk beritahu korang semua yang blog aku ini telah mencapai target pertama aku iaitu mendapat 100 followers kurang dari sebulan. Alhamdulillah tercapai impian aku ini. Terima kasih teramat sangat diucapkan kepada yang sudi support dan menjadi follower aku. Ok, tujuan aku buat entri ini, aku nak berkongsi dengan korang semua cara-cara aku cuba menarik blogger2 datang Wakafkita'11 ini. Mungkin ada orang yang lebih hebat, dalam seminggu, dua minggu dah boleh cecah 100 follower, tapi aku cerita ini berdasarkan apa yang telah aku lakukan. 






1)  Blogwalking
-  Ini merupakan perkara yang paling penting sekali dalam dunia blogging ini. Kalau korang baca di mana-mana blog mengenai tip-tip menarik pengunjung ke blog semestinya ada blogwalking.  Korang mestilah tinggalkan jejak korang sama ada di Shoutbox ataupun komen-komen korang di entri blogger lain. Dan yang paling penting, korang pun kena lah rajin-rajin follow blog orang juga ye.


2) Mencuba membuat entri yang menarik
-  Yang ini aku tak pasti sangat sebab aku tak tahu sama ada entri-entri aku ini berkualiti atau pun tidak. Kalau korang nak tahu, cuba lah baca sendiri ye.


3)  Join segmen-segmen yang dianjurkan
-  Ok, bahagian ini merupakan faktor utama blog aku boleh mencapai follower sebanyak 100 orang. Korang kena selalu join segmen yang dibuat oleh otai-otai blogger. Sebagai contoh blog Abg Ben. Tujuan Ben Ashaari melakukan segmen-segmen ini adalah bagi membantu terutamanya blogger-blogger yang baru setahun jagung macam aku ini. Jadi memang kena rajin follow dan baca entri diorang. Sangat-sangat membantu.


Baik, rasa-rasanya setakat ini dulu tip daripada seorang blogger yang baru setahun jagung ini ye. Harap korang semua teruskan support terhadap WakafKita'11. Terima kasih !

Perayaan April Fool dan Sejarahnya



Assalamualaikum..


Setiap kali menjelangnya 1hb April, segelintir orang-orang di kalangan kita ghairah ingin menyambut perayaan ini. Malah, umat Islam sendiri menyambut perayaan ini. Amatlah berdukacita atas apa yang berlaku pada masa kini. Mereka menyambut dengan penuh bersuka ria tanpa menyedari bahawa sambutan April Fool itu haram di sisi Islam.


Jadi kali ini aku dengan kerasnya menegaskan supaya kita sebagai umat Islam seharusnya menolak sehabis mungkin perayaan ini yang mana ianya disambut oleh Kristian demi mengutuk dan menghina di atas kejatuhan tentera Islam di Sepanyol suatu masa dahulu. Pernah terjadi kepada satu pasangan suami isteri yang mana suami itu amat taksub dalam menyambut perayaan April Fool dengan mengatakan kepada isterinya, " Aku ceraikan engkau dengan talak satu". Isterinya yang mendengar ungkapan itu menjadi terpinga-pinga sedangkan suaminya itu tidak menyedari bahawa telah jatuh talak satu terhadap istreinya. Begitulah permainan dan langkah-langkah musuh-musuh Islam dalam merangka pelbagai strategi untuk menjatuhkan umat Islam.


Baik, berbalik kepada wujudnya Perayaan April Fool ini, ianya dipercayai mula dirayakan setelah kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun lamanya di negara itu iaitu di Granada. Kerajaan Islam pada masa itu runtuh setelah diserang oleh tentera Kristian sehinggakan mereka terpaksa melarikan diri bersembunyi di dalam rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri. Walau bagaimanapun, tentera Kristian pada masa itu tetap tidak berpuas hati lalu membuat satu penipuan.





Dikatakan tentera Kristian memberi peluang kepada penduduk Muslim untuk keluar dari Sepanyol dengan selamat dengan cara menumpang kapal-kapal dagang yang berlabuh di negara itu. Untuk memastikan kebenaran itu, umat Islam dengan sendiri pergi melihat di pelabuhan akan kapal-kapal yang diberitakan itu. Setelah berpuas hati, mereka pun dengan cepat berkemas semua barang keperluan mereka untuk mereka keluar dari negara itu. Pada keesokan harinya (1 April), mereka semua keluar menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan membakar seluruh kediaman umat Islam seterusnya membakar semua kapal-kapal yang berlabuh di situ. Kemudian tentera-tentera Kristian membunuh seluruh umat Islam yang ada di situ termasuk lah kanak-kanak, wanita dan juga orang tua.


Peristiwa yang menyedihkan itulah menjadi suatu sejarah terhadap kejayaan Kristian terhadap Islam seterusnya menyambut perayaan pada 1 April berdasarkan tarikh pembunuhan itu. Kepada mereka yang sering menyambut peraayaan ini, tanpa mereka sedari mereka menyambut akan kematian umat Islam pada masa itu yang telah dibunuh dengan begitu kejam sekali. Oleh yang demikian, aku menyeru sekali lagi agar kita tidak menyambut perayaan April Fool ini kerana ianya merupaka suatu sambutan terhadap kejayaan orang Kristian terhadap Islam.


Sekian, assalamualaikum.

Senyum ~ Malique ft Najwa



Assalamualaikum..


Rasa-rasanya lama sudah aku tak buat entri mengenai music video kan? Baik, hari ini aku nak berkongsi pasal lagu yang bertajuk "Senyum". Mesti korang semua sudah pernah dengar kan? Rasa bahagia je ~~lalalala~~ Ok, di bawah ini aku sertakan sekali video dan lirik. Sambil dengar dan tonton tu, mulut pun boleh nak nyayi juga. Hehehe.. So, enjoy ye dengar lagu ini !




ABAIKAN GAMBAR DALAM VIDEO INI. HEHEHE



LIRIK

Senyum senyum senyum
Senyum senyum
VerseKacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
ChorusSenyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang VerseUlang ChorusAy buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang VerseUlang ChorusUlang VerseSenyum :)

30 March 2011

Contest KM : Header Simple tapi Menarik


Assalamualaikum..

Ok, ini contest untuk header blog korang sendiri. Kira macam KM nak menilai header yang korang buat lah. Kan3? Syaratnya mudah saja. baca kat bawah ini. Dan kalau korang nak join juga, klik je gambar di atas tu yer.

1-jadi follower kM
2-buat satu entry pasal contest ni..ups, jgn lupe ltk banner dan link kan terus pd blog kM
3-header x kesah bertemakan ape2 saja..SIMPLE TAPI MENARIK..
4-contest terbatal jika peserta bawah 10 orang!
5-tarikh tutup-4 APRIL 2011
6- Tag pd 5 org blogger n make sure mreka tahu mreka tlh ditag.
7-Letak URL entry pasal contest ni pd comment box di bwh..jgn letak pd shoutbox!

So, this is my header. simple kan? warna dia oren-oren gitu. Hahaha



So nak kena tag 5 orang. Aku tag follower aku yer.

cONtEsT.....{ cAbUtAN bERtUAH uNTuk SeMuA mEMBe2 pRiNCe..}


Assalamualaikum sume..

Baik, kali ini aku nak join contest ini pula. Ini merupakan contest yang kedua aku join. Hehehehehe.. Bagi siapa-siapa yang ingin join juga, korang boleh klik gambar di atas itu ye. Syarat-syaratnya aku rasa dah lengkap kot. Kalau korang nak tahu syarat-syaratnya, korang pergi lah baca ye. Mudah dan senang. Untuk menang, kena banyak-banyak berdoa. Hahaha.

So aku tag 3 orang follower aku ye.  

http://aquegadisira13.blogspot.com/
http://mummylovers-pinky.blogspot.com/
http://kasihpena.blogspot.com/

SEGMEN : DECO DECO BENG BENG BOONG !


Assalam. Siapa-siapa yang ingin join segmen ini boleh lah klik gambar ataupun link di bawah ini ye. Segmen ini tutup pada malam ini. Cepat2 !


29 March 2011

10 Gambar Kelakar Window Error

Assalamualaikum..

Baik, rasa-rasanya sudah lama aku tidak berkongsi dengan korang semua gambar-gambar menarik dan kelakarkan? Jadi, malam ini aku ingin berkongsi dengan korang semua gambar kelakar Window Error. Korang bacalah apa yang ditulis dalam itu, mesti korang akan gelak. Macam lawak bodoh pun ada. Hahaha, so, enjoy yourself looking at these pictures ya...










Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong


Tajuk entri: Berkongsi Trafik dari Bangku KosongDengan olahan anda sendiri, anda tulislah entri anda mengapa perlunya trafik atau pengunjung ke blog anda. Buat dalam kurang dari 100 patah perkataan, pendek je. :)
Letakkan header blog ini, dan link ke entri ini.

Assalamualaikum..


Baik, kali ini aku hendak join bloglist daripada Bangku Kosong, syarat yang begitu mudah sekali. Kalau korang hendak join, boleh klik pada gambar di atas tu.


Saya memerlukan trafik atau pengunjung ke blog ini kerana, seperti yang semua tahu, seandainya, ramai orang memberi respon terhadap entri-entri kita, kita akan jadi lebih bersemangat lagi untuk meneruskan kerjaya dalam dunia blogging ini. Terutamanya blogger-blogger yang baru setahun jagung seperti saya ini menceburi bidang ini. Teramat-amat memerlukan support dari seluruh blogger. So, rasa-rasanya buat masa sekarang, ini jelah tujuan untuk saya dapatkan trafik. Sekian terima kasih.

Bekerja Sambil Belajar. Baik atau Tidak?



Assalamualaikum..


Di keheningan malam yang penuh dengan kesejukan, tiba-tiba aku terfikir untuk membuat entri yang bertajuk "Kerja Sambilan Semasa Belajar". Ok, tujuan aku buat entri ini adalah untuk membincangkan mengenai kebaikan dan juga keburukan kerja sambilan ini ataupun lebih dikenali sebagai kerja "part-time" semasa belajar. Mungkin sesetengah individu itu dapat membahagikan masa pembelajarannya dengan masa kerjanya, namun adakah semua orang mampu untuk melakukan sedemikian ? Baik, di sini aku tampilkan beberapa kebaikan dan juga keburukan dalam pekerjaan sambilan sambil belajar ini.


Kebaikan


1)  Dapat mengumpul duit untuk membeli barang-barang keperluan lebih daripada orang lain.
2)  Dapat merasakan kepuasan dalam membelanjakan duit dari titik peluh usaha sendiri.
3)  Dapat memberi kesedaran terhadap diri bahawa betapa susahnya ibu bapa kita mencari duit untuk sesuap  nasi


Keburukan


1)  Assignment, report, tugasan yang diberikan tidak dapat untuk disiapkan kerana terlalu penat.
2)  Tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas pembelajaran.
3)  Kehidupan nampak lebih bercelaru kerana jadual harian menjadi lebih ketat daripada biasa.


Baiklah, ini hanyalah pendapat daripada aku yang belum pernah kerja sambilan semasa belajar lagi. Mungkin korang yang ada pengalaman mengenai ini dapat berkongsi pengalaman korang itu di sini. Jadi, jangan malu jangan segan untuk meluahkan pendapat korang ok. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Sekian sahaja untuk kali ini. 

28 March 2011

SEGMEN : GEGAR BLOGGER BARU



Assalamualaikum..


Baik, kali ini aku nak buat entri mengenai Segmen bersama Ben Ashaari. Segmen ini diberi tajuk "Gegar Blogger Baru". Syarat untuk menyertai segmen ini adalah follower anda haruslah kurang daripada 500. Hehehe..


Sebab aku pilih gambar : So, tujuan aku memilih gambar di atas ini sebab aku rasa setiap individu itu mempunyai gaya tersendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Dan aku juga teringin nak mencuba aktiviti ni gym ni.. Hahaha..


Sebab apa aku menjadi blogger : Tujuan utama adalah untuk meluaskan ilmu pengetahuan dalam diri ini. Sebagaimana yang korang semua tahu, banyak blog yang mengupas mengenai isu-isu semasa, hal-hal agama dan lain-lain.


Blog menjadi pilihan harian aku : Ini dia blognya. Aku macam berminat dengan cara penulisannya. Best untuk dibaca.


27 March 2011

Gempa bumi hampiri kita

Assalamualaikum..






KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Berkenaan dengan kejadian di atas, apakah Malaysia juga bakal menerima azab bencana daripada Allah SWT ? Tidak mustahil bukan ? Sebelum ini aku ada buat entri mengenai 15 perkara turunnya bala. Apakah kesemua perkara itu sudah pun berlaku di negara kita? Bersama-sama lah kita merenung sebentar dan bermuhasabah diri kita atas setiap dosa dan kemungkaran yang telah kita lakukan.

JOM JOIN BLOGLIST EYYAHAZEL


Nama : Zulhafifi ( zul je )

Tempat tinggal : Taiping, Perak

 
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;