25 March 2011

15 perkara turunnya bala





Assalamualaikum..


Salam sejahtera semua, jadi, selepas mendengar khutbah Jumaat sebentar tadi, aku pun teringin hendak menyebarkan sedikit ilmu Allah yang aku perolehi tadi. Peringatan ini sedikit sebanyak dapat untuk membantu kita dalam menjadikannya sebagai tauladan dalam menempuh liku-liku di dalam kehidupan kita. Khatib membicarakan mengenai isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini yang mana, perkara-perkara yang berlaku kini merupakan tanda-tanda bahawasanya kiamat itu akan datang tidak lama lagi. Sudahkah anda semua mengucapkan kata-kata taubat kepada Allah SWT ? Pintu taubat masih lagi terbuka untuk kita semua. Jadi kali ini, aku ingin ingatkan diri aku sendiri dan anda semua untuk sama-sama kita bertaubat atas kekhilafan dan kesilapan yang sering kita lakukan dalam kehidupan ini. Jadi, sesungguhnya, Allah akan menurunkan bala sekiranya 15 perkara ini terjadi dalam kehidupan kita.


Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu: 
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). 
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri. 
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. 
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. 
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. 
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 
11. Apabila arak menjadi minuman biasa. 
12. Apabila lelaki memakai sutera. 
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. 
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. 
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.



Jadi, marilah sama-sama kita bermuhasabah atas setiap dosa yang telah kita lakukan itu dan berdoa agar Allah menjauhkan bala dan azab bencana terhadap agama, bangsa dan juga negara kita.

0 Responses to “15 perkara turunnya bala”

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;