07 September 2011

Soal Jawab Agama Part 2


Assalamualaikum..


Baik, pada soal jawab agama untuk kali ini aku akan berkongsi dengan korang berkenaan dengan munakahat ataupun hal-hal berkaitan perkahwinan. Penting bagi setiap umat Islam terutama yang bakal menjadi suami mahupun isteri. Jom sama-sama kita mengambil pengajaran di atas perkonsian ini.



Adakah Jatuh Zihar

Soalan

assalamualaikum..

adakah berlaku zihar jika suami berkata kpd isterinya "jika sayang tidak jaga badan sayang, lagi 3 atau 4 tahun lagi punggung syg akan menggeleber atau besar macam mak su(merujuk kpd ibu saudara suami yg berbadan besar).mohon penjelasan..

Jawapan

Ia tidak dikira sebagai zihar kerana kata-katanya itu adalah berbentuk ingatan dan bukannya untuk menceraikan isterinya.
Ringkasnya, zihar yang dikira menjatuhkan talaq adalah kata-kata yang dilafazkan berbentuk zihar dengan niat untuk menceraikan isterinya. Jika tidak berniat untuk menceraikan, maka talaq tidak akan terjatuh. Wallahu 'alam.

Hukum Meng-ilaa

Soalan

baru2 ni suami saya mengatakan pada saya (dgn marah) yang dia tidak akan mencampuri saya sampai mati.Tapi dia tak sebut perkataan "sumpah". Adakah ini dinamakan "meng-ilaa" dan apakah kafaratnya?

sebab ada ayat dalam surah Al-Baqarah (ayat 226) mengenai perkara ini.

Harap ustaz dapat memberikan penjelasan sepenuhnya. Wassalam

Jawapan

Illa’ akan terjadi apabila suami bersumpah dengan nama Allah tidak akan berjimak (bersetubuh) dengan isterinya selama empat bulan atau lebih atau tempoh yang tidak dinyatakan.
Oleh yang demikian, kenyataan suami anda tersebut tidak dikira sebagai illa’ berikutan dia menyatakannya dengan tidak bersumpah atas nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'Alam.

Persetubuhan Pada Malam Raya

Soalan

Assalamualaikum..
Adakah HARAM jika sepasang suami isteri itu bersetubuh pada malam raya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam wbt.
Kenyataan itu adalah tidak benar dan tidak ada nas atau dalil yang qat'ie
(pasti) menyebut tentang perkara berkaitan. Walau bagaimanapun ulama'
menyarankan supaya umat Islam menghidupkan 2 malam hari raya dengan
memperbanyakkan zikir, tahmid, tahlil, taqdis, takbir dan tasbih. Ini
berdasarkan kepada maksud hadis yang bermaksud:
" Sesiapa yang menghidupkan 2 malam hari raya( amalan tahmid, tahlil,
takbir ,membaca al-Quran dll) maka Allah tidak akan mematikan hatinya pada
masa hati orang lain mati".
( Bukhari dan
Muslim )
Berdasarkan kepada maksud hadith ini jelas menggalakkan kepada umat Islam
supaya memperbanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada malam hari raya.
Ini bertujuan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaaan dan penghayatan
mereka bagi meraih ganjaran daripada Allah yang berlipat ganda.

1 Response to “Soal Jawab Agama Part 2”

  • Anonymous says:
    November 9, 2011 at 10:02 AM

    adakah jatuh zihar jika menyamakan punggung isteri dgn ibu isteri? contoh ayat punggung syg ikut punggung mak...

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;