Assalamualaikum..
Memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari, jadi Khatib dengan penuh keikhlasan menyampaikan khutbahnya dengan penuh semangat tadi. So, aku nak berkongsi dengan korang semua pasal khutbah yang aku baru je dengarkan tadi. Khatib menyampaikan sebuah cerita besar yang berlaku di dunia Iskandariah, Mesir.
Di dalam dunia yang penuh dengan suasana keislaman tersebut, ada juga segelintir daripada rakyatnya yang takbur dan bongkak dengan hukum-hukum Allah. Ceritanya bermula begini. Di dalam sebuah bas awam, ada seorang gadis yang cantik dan ayu rupa parasnya. Dalam keayuaan dirinya itu, akan tetapi dia dengan suka hati mendedahkan bahagian-bahagian tubuh badan yang sepatutnya ditutup dan dijaga dengan baik. Inin kerana dia memakai pakaian yang terlalu menjolok mata dan seksi.
Sedang dalam itu, ada bersama seorang lelaki tua, yang penuh dengan uban dirambutnya. Dengan penuh lemah lembut, dia berkata, " Wahai gadis muda, lebih elok dan manis sekiranya engkau memakai pakaian yang menutup aurat agar tubuh badan mu tidak menjadi mangsa jelingan kepada kaum lelaki ". Namun begitu, kata-kata orang tua tersebut dibalas dengan kata-kata yang penuh dengan ejekan.
" Hahahahahahaha ! Siapakah engkau wahai orang tua ? Ingin menegur aku untuk berpakaian menutup aurat? Sesungguhnya, aku belum puas lagi menanyangkan tubuh badanku ini kepada semua orang. Sedangkan bapa yang menjaga aku dari kecil dan ibu yang mengandungkanku 9 bukan 10 hari pun tidak pernah menegur aku berkenaan pemakaianku, ini kan pula engkau wahai orang tua ! Hahahahahaha ! ". Tersentak orang tua tersebut dengan kata-kata sindiran daripada gadis tersebut. Dia hanya mampu mendiamkan diri.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Kemudian, gadis tersebut berkata lagi sambil menghulurkan Handphone kepunyaannya kepada orang tua tersebut, " Gunalah telefonku ini dan hubungi Tuhanmu iaitu Allah dan beritahu kepada-Nya supaya menyediakan sebuah bilik untuk aku dineraka Jahannam ! Sesungguhnya aku tidak takut kepada-Nya ! Hahahaha ! ". Seluruh warga yang berada di dalam bas tersebut terkejut dengan kata-kata si gadis manis tersebut. Ada yang menggelengkan kepala. Mereka hanya mampu berdiam kerana khuatir gadis itu akan terus menghina agama Islam dengan kata-kata yang lebih teruk lagi.
Selepas beberapa ketika, setelah bas sudahpun sampai di stesen bas, kelihatan gadis laknat itu tertidur bersebelahan dengan pintu bas. Setelah mereka cuba mengejutkan dia, dia terus tidak sedarkan diri. Lalu, orang tua tadi pergi ke arahnya dan memeriksa nadinya. Sesungguhnya gadis itu telah kembali ke Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Penuh dengan kekafiran dan kemurkaan Allah terhadap dirinya. Sedang mereka cuba untuk menguruskan jenazah tersebut, tiba-tiba jenazah tersebut jatuh ke atas jalan raya.
Orang ramai yang cuba untuk membantu terkejut kerana melihat keadaan jenazah itu yang sangat menyayat hati. Seluruh tubuhnya bertukar menjadi hitam legam seolah-olah baru sahaja dibakar. Mereka yang cuba untuk mengangkat jenazah itu berasa pelik kerana jenazah itu dalam keadaan yang terlalu panas sehinggakan ada yang tangan mereka hampir-hampir melecur dek kerana menyentuh jenazah tersebut. Akhir sekali, mereka semua meminta pertolongan kepada pihak keselamatan untuk menguruskan jenazah tersebut.
Berikutan dengan cerita di atas, dapat di sini untuk aku simpulkan bahawa, Allah itu Maha Berkuasa. Allah dapat melakukan dan membalas segala perbuatan hamba-Nya dengan segera begitu sahaja. Jadi, marilah sama-sama kita mengambil iktibar akan kisah yang diceritakan di atas. Kepada mereka dan juga diri aku yang sering melakukan dosa dan kesalahan kepada Allah, sesungguhnya masih belum terlambat untuk kita bertaubat kepada Allah SWT. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Wa'allahualam.
nauzubillah.. mintak jauh la... terima kasih dengan perkongsian anda..
@~nsar~
same2 nsar.. bolehlah kalau nk sebar2kn cite ni ye...
merangkak kat sini kerana internet yg slow,. sampai juge akhirnya dan terus follow sambil tinggalkan jejak utk dijejaki
sekarang ni terlalu banyak insan yang sebegitu buruk perangainya tehadap agamanya sendiri....
sakit mata ar...tukar warna font...terlalu terang...x pyah gune bold....