Assalamualaikum..
Setiap kali menjelangnya 1hb April, segelintir orang-orang di kalangan kita ghairah ingin menyambut perayaan ini. Malah, umat Islam sendiri menyambut perayaan ini. Amatlah berdukacita atas apa yang berlaku pada masa kini. Mereka menyambut dengan penuh bersuka ria tanpa menyedari bahawa sambutan April Fool itu haram di sisi Islam.
Jadi kali ini aku dengan kerasnya menegaskan supaya kita sebagai umat Islam seharusnya menolak sehabis mungkin perayaan ini yang mana ianya disambut oleh Kristian demi mengutuk dan menghina di atas kejatuhan tentera Islam di Sepanyol suatu masa dahulu. Pernah terjadi kepada satu pasangan suami isteri yang mana suami itu amat taksub dalam menyambut perayaan April Fool dengan mengatakan kepada isterinya, " Aku ceraikan engkau dengan talak satu". Isterinya yang mendengar ungkapan itu menjadi terpinga-pinga sedangkan suaminya itu tidak menyedari bahawa telah jatuh talak satu terhadap istreinya. Begitulah permainan dan langkah-langkah musuh-musuh Islam dalam merangka pelbagai strategi untuk menjatuhkan umat Islam.
Baik, berbalik kepada wujudnya Perayaan April Fool ini, ianya dipercayai mula dirayakan setelah kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun lamanya di negara itu iaitu di Granada. Kerajaan Islam pada masa itu runtuh setelah diserang oleh tentera Kristian sehinggakan mereka terpaksa melarikan diri bersembunyi di dalam rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri. Walau bagaimanapun, tentera Kristian pada masa itu tetap tidak berpuas hati lalu membuat satu penipuan.
Dikatakan tentera Kristian memberi peluang kepada penduduk Muslim untuk keluar dari Sepanyol dengan selamat dengan cara menumpang kapal-kapal dagang yang berlabuh di negara itu. Untuk memastikan kebenaran itu, umat Islam dengan sendiri pergi melihat di pelabuhan akan kapal-kapal yang diberitakan itu. Setelah berpuas hati, mereka pun dengan cepat berkemas semua barang keperluan mereka untuk mereka keluar dari negara itu. Pada keesokan harinya (1 April), mereka semua keluar menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan membakar seluruh kediaman umat Islam seterusnya membakar semua kapal-kapal yang berlabuh di situ. Kemudian tentera-tentera Kristian membunuh seluruh umat Islam yang ada di situ termasuk lah kanak-kanak, wanita dan juga orang tua.
Peristiwa yang menyedihkan itulah menjadi suatu sejarah terhadap kejayaan Kristian terhadap Islam seterusnya menyambut perayaan pada 1 April berdasarkan tarikh pembunuhan itu. Kepada mereka yang sering menyambut peraayaan ini, tanpa mereka sedari mereka menyambut akan kematian umat Islam pada masa itu yang telah dibunuh dengan begitu kejam sekali. Oleh yang demikian, aku menyeru sekali lagi agar kita tidak menyambut perayaan April Fool ini kerana ianya merupaka suatu sambutan terhadap kejayaan orang Kristian terhadap Islam.
Sekian, assalamualaikum.
@diana
sama2.. bleh sebar2 info ni yer..
thank for sharing ustad...
@Mentrox
welcome mentrox .. hehee
april fool oh april fool...