17 September 2011

16 Fakta Mengagumkan Dalam Kajian Sains

Assalamualaikum.
Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.

Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.

Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?

3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.

4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sadarkan diri,korang akan mulai bernapas normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.


6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.


11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.

P/s : itu antara serba sedikit info mengenai kajian oleh pakar sains diseluruh dunia.Sebenarnya banyak lagi fakta2 menarik yang kita boleh dapat kalau kita rajin mencari dan membaca.



Sumber

5 Jenis Iblis




  1. Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.
  2. Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia akan menanamkann perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.
  3. Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna.
  4. Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yang tidak benar ataupun menyebar fitnah.
  5. Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.

Alasan dan Jawapan.




Assalamualaikum.


Pernah ataupun tidak korang menegur seseorang terutamanya wanita lah dalam kes menutup aurat. Apakah respon yang diorang bagi terhadap teguran korang itu? Mungkin dibawah ini ada salah satu respon daripada korang. Jom kita baca !


Alasan:          Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
Jawapan:       Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


 Alasan:         Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
 Jawapan:      Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


Alasan:         Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat. 
jawapan:       Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk     Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


Alasan:          Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
Jawapan:       Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


Alasan:          Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
Jawapan:       Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


Alasan:          Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Jawapan:       Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya sehelai rambut kau. 


Alasan:          Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
Jawapan:       Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


Alasan:          Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Jawapan:       Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


Alasan:          Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Jawapan:       Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.




Alasan:          Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Jawapan:       Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


Alasan:          Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Jawapan:       Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


Alasan:          Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
Jawapan:       Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 


Alasan:          Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Jawapan:       Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 

Fakta Biologi




  1. Organ yang paling ringan di dalam badan manusia adalah paru-paru.  
  2. Ketam Horseshoe(belangkas)  mempunyai darah biru. 
  3. katak yang terbesar di dunia adalah Katak Goliat di Afrika Barat dan boleh membesar sebesar 33cm panjang dan sehingga 3kg berat. 
  4.  Telur terbesar di dunia adalah telur burung unta. Sebanyak 30 telur ayam sama isi padunya, dan sehingga 2 jam untuk untuk direbus dengan sempurna.
  5. Ular yang paling beracun di dunia Ular Laut selendang berwarna-warna atau Ular lemah berjalur Laut (Hydrophis belcheri). 
  6. Buah nanas sebenarnya beri gergasi. 
  7. Ikan lumba-lumba dan ikan paus adalah mamalia yang tidak minum air. 
  8. Bagi setiap 1000 sel-sel darah merah dalam badan kita, terdapat hanya kira-kira satu sel darah putih. 
  9. Hati manusia mempunyai cukup tekanan untuk memancutkan  darah sehingga 30 kaki. 
  10. Mata kita dapat membezakan sebanyak 10 juta variasi warna yang berbeza 
  11. Purata seorang lelaki dewasa yang mempunyai kulit seberat kira-kira 3 kilogram. 
  12. Belut elektrik Amerika Selatan (Electrophorus electricus) boleh menjana lebih 600 volt, dan boleh melumpuhkan seekor kuda. 
  13. Mata manusia berkelip purata 4.200.000 kali setiap tahun. 
  14. Hati adalah organ yang mampu untuk menjana semula dirinya sepenuhnya. 
  15. Ikan tidak pernah menutup mata. 
  16. Pisang sebenarnya herba gergasi - yang berkaitan dengan keluarga orkid. 
  17. Zirafah adalah salah satu daripada haiwan yang paling senyap: ia tidak mempunyai pita suara untuk membuat apa-apa bunyi. 
  18. Anda boleh mencari arah selatan jika anda meliahat pada tunggul pokok. Cincin pertumbuhan yang lebih luas di bahagian selatan. 
  19. Ular sawa Python adalah ular terpanjang di dunia. 
  20. 95% daripada semua spesies haiwan di muka bumi adalah serangga. 
  21. Landak terapung di dalam air. 
  22. Lelaki mempunyai lebih banyak darah dalam sistem peredaran darah mereka berbanding wanita. 
  23. Kuku sihat tumbuh kira-kira 2 cm setiap tahun. Kuku tumbuh empat kali lebih cepat sebagai kuku kaki. 
  24. Purata manusia menghasilkan satu liter air liur setiap hari - kira-kira 10,000 gelen dalam seumur hidup. 
  25. Setiap empat hari, penduduk dunia bertambah sebanyak satu juta orang. 
  26. Wanita berkelip hampir dua kali ganda seperti kaum lelaki. 
  27. Tujuh puluh peratus daripada debu di rumah anda terdiri daripada debu kulit manusia. 
  28. secara purata, kebanyakan orang sekelip kira-kira 15,000 kali dalam sehari 16 jam. 
  29. Tubuh manusia mempunyai cukup lemak untuk menghasilkan 7 biji sabun 
  30. Nyamuk mempunyai 47 gigi. 
  31. Hati zirafah dua kaki panjang, dan boleh mencapai berat sebanyak 24paun. 
  32. Cheetah boleh memecut dari 0 hingga 70 km / h dalam 3 saat. 
  33. Buaya menelan batu untuk membantu mereka menyelam lebih mendalam. 
  34. Iguana boleh tinggal di bawah air selama 28 minit. 
  35. Dalam seumur hidup anda, anda akan hilang lebih 40 paun kulit dimana ia akan tanggal dari kulit manusia(daki)

Fakta Yang Jarang Diketahui




Tahukah anda jika bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih? Tahu jugakah anda bahawa kulitnya hitam, bukan putih? Berikut ini adalah 12 fakta mini di bidang sains yang mungkin belum diketahui oleh ramai orang.

  1. Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.
  2. Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.
  3. Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.
  4. Sebagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.
  5. Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.
  6. Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa  pembuatannya.
  7. Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.
  8. Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bagian lidah.
  9. Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu
  10. Merkuri bukan satu-satunya cairan metal. Gallium (Ga) berbentuk pepejal pada suhu ruangan, tapi akan meleleh ketika diletakkan di tangan. Cesium (Cs) dan fransium (Fr) juga boleh mencair di sekitar suhu bilik
  11. Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.
  12. Union Soviet adalah negara pertama yang berjaya mendaratkan pesawat  di bulan. Tahun 1959, Luna 2 berjaya mendarat di bulan. Tahun 1966, Luna 9 juga mendarat di sana. Empat bulan kemudian, Amerika Syarikat baru berjaya  mendaratkan pesawat mereka, Surveyor I.  
p/s : Aku pun baru tahu juga. Hahaha

Cerita Lawak Lagi lah !




JAM BUDAK PUNK
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.


Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"


"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."


"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."


"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.


Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"


"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.




MANDI LUMPUR

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.


"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"


Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".


Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"


"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."




Lawak 3 Lelaki.




Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.


Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.


Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt
kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .


Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.


Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon
drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat
2x pun
x khusyuk jgk lg..


Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat
belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam punundur le ke belakang.


Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si
Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"


Lalubatallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil
ketawaterbhk2.


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...


Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,


"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku
semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu&terpana...

Lawak Cikgu !




Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!


Murid : Bodoh!


Cikgu : Tinggi!


Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!


Murid : Dekat!


Cikgu : Keadilan!


Murid : UMNO!


Cikgu : Salah!


Murid : Betul!


Cikgu : Bodoh!


Murid : Pandai!


Cikgu : Bukan!


Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!


Murid : Oh Hamba!


Cikgu : Dengar ini!


Murid : Dengar itu!


Cikgu : Diam!


Murid : Bising!


Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!


Murid : Ini ialah jawapan, pandai!


Cikgu : Mati aku!


Murid : Hidup kami!


Cikgu : Rotan baru tau!


Murid : Akar lama tak tau!


Cikgu : Malas aku ajar kamu!


Murid : Rajin kami belajar cikgu!


Cikgu : Kamu gila!


Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!


Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!


Murid : Belum! Belum!


Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?


Murid : Sebab saya seorang pandai!


Cikgu : Oh! Melawan!


Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!


Murid : Cukup ajar!


Cikgu : Habis aku!


Murid : Kekal kami!


Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!


Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!


Cikgu : Sudah, bodoh!


Murid : Belum, pandai!


Cikgu : Berdiri!


Murid : Duduk!


Cikgu : Saya kata UMNO salah!


Murid : Kami dengar KeADILan betul!


Cikgu : Bangang kamu ni!


Murid : Cerdik kami tu!


Cikgu : Rosak!


Murid : Baik!


Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!


Murid : Dilepaskan tengah malam itu!


Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)




16 September 2011

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia




RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.


Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.


Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.


Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”


Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?


Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.


Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.


Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Balasan Meninggalkan Solat



Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.


Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”


Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”


Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”


Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.


Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”


Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”


Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :


- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


Maka inilah balasannya.

Gambar Kelakar Part 3

Jom layan-layan gambar nih !














Kilang Al-Quran

Assalamualaikum..


Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda aras dan rujukan dalam kehidupan seharian manusia. Jadi untuk entri kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua berkenaaan dengan beberapa gambar dari kilang Al-Quran. Jom tengok !


























15 September 2011

Fesyen Zaman Sekarang Semakin Pelik

Assalamualaikum.


Kalau entri aku yang dulu, aku berkongsi dengan korang pakaian yang pelik-pelik, jadi untuk kali ini pula aku nak berkongsi berkenaan dengan pakaian juga. Fesyen zaman sekarang ini memang semakin hari semakin pelik. Jom lah kita tengok !

















 
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;