12 September 2011

Yang Pertama !



Assalamualaikum..


Baik, untuk entri pada kali ini, aku nak berkongsi dengan korang semua berkenaan satu info agama ini. Kalau korang baca tajuk mesti tak berapa nak faham kan? So, jom kita baca info ini di bawah !




  1. Bayi pertama lahir dalam Islam sebelum peristiwa hijrah adalah Abdullah bin Omar bin Al-khattab r.a.
  2. Bayi pertama lahir dalam kota Madinah daripada kalangan Muhajirin ialah Abdullah bin Az-Zubair r.a.
  3. Bayi pertama lahir dalam kota Madinah daripada kalangan Ansar ialah An-Nu`man bin Baysir r.a.
  4. Bayi pertama lahir di Habsyah (Ethopia) ialah Abdullah bin jaafar bin Abu Talib r.a.
  5. Orang pertama mengubahsuaikan masjid ialah Sayidina Othman bin Affan r.a.
  6. Orang pertama mengimamkan para anbiyaa serta memuji Ilahi kerana dapat berbuat demikian ialah baginda ~Rasulullah s.a.w.
  7. Orang pertama melihat anak bulan pada setiap bulan-bulan Islam ialah Abu Al-Hasan Ali bin Affan.
  8. Orang pertama mengasaskan ilmu tarikh Islam (sejarah) ialah Abdullah bin Rofi`.
  9. Orang yang pertama menyeru penyembahan berhala untuk orang Arab ialah `Amru bin Luhai Al-khaza`ie.
  10. Sahabat nabi yang dikebumikan di Bandar Himso (Syiria) selepas menetap di situ ialah khalid Al-Walid.
  11. Sahabat nabi yang dikebumikan di bawah jambatan Constantinople ialah Abu Ayub Al-Ansari.
  12. Satu-satunya wanita yang disebut di dalam Al-Quran ialah Sayidatina maryam (ibu nabi Isa).
  13. Orang pertama yang direjam mengikut hukum hudud di zaman baginda Rasulullah s.a.w ialah Ma`iz bin Malik.
  14. Orang pertama syahid dalam peperangan Uhud ialah Abdullah bin amru bin Haram.
  15. Wanita pertama yang syahid dalam peperangan Kepulauan Qubrus (Cyprus) ialah Ummu Haram binti Mulhan al-Ansariah.
  16. Orang pertama murtad dalam Islam ialah al-Aswad Al-Ansi.
  17. Wanita pertama yang memeluk Islam ialah Syaidina Khadijah binti Khuwailid.
  18. Lelaki pertama memeluk Islam selepas Khadijah ialah Syaidina Ali bin Abi Talib.
Sekarang sudah faham kan? hahaha !

0 Responses to “Yang Pertama !”

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;