14 September 2011

Lawak 4 Kisah




Tak Sedar Diri


Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..


Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,


Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..


5 minit kemudian......


Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..


Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian...


Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..



Handphone sape ni?

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 .."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi saying singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan
pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . "
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "
Dear Abang....

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung.
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke
kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan
kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan
disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang
dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah
masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau
ngape?
harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga
kereta abang?
tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi
ayang nak dapat kiss g.morning pun susahsejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang
kata ayang tak sedar diri……
kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang
nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang
mengada-ngada………
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam
nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak……….
paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab
takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa..
tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri
elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak
ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang
Reply dari abang, 

Dear ayang,

Ok gak kalau balik kampung dgn bas. At least, tak le penat abang nak drive....tu belum campur duit minyak, duit tol, duit nak bagi kat mak bapak you...etc

abang sayangkan kereta tu bukannya apa, so far kereta tu tak pernah berleter kat abang...mungkin sebab dia baru lagi kut....Lagipun kalau nak bagi kiss pagi2 ni susah sikit...kekadang tu ayang bau "air gamat"

aksesori kat kereta ni penting so bila orang tengok diorang tau yg kita ni up-to-date. Kalau nak compare dgn hadiah besday mana boleh...Beli aje hadiah, tak sampai sebulan-dua dah masuk karung sampah..mana tahan...

Pizza?? Pukul 3 pagi, mana nak cari pizza yang oiii...

Bukan abang marah anak2 sentuh kereta..tapi cuba ayang tengok kereta jiran tu, habis anak2 "sentuh" kereta dgn sudu, garpu, marker....takkan kereta kita nak jadi kereta berhias...mana nak letak muka nanti...

Kalau ayang kena curi???Boeing 777 pun orang boleh rampas, ni kan pulak bini orang....tapi tak pe, quota belum cukup lagi...

Benda2 yg ayang suruh kereta tu buat tu nanti abang suruh "maid" baru kita buat....

Love,
I love my car....

heh..he..he.. 

0 Responses to “Lawak 4 Kisah”

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;