10 September 2011

10 Tabiat Merosakkan Otak






Assalamualaikum..


Tips untuk dikongsi pada kali ini adalah tabiat-tabiat yang boleh menyebabkan kerosakan kepada otak. Ramai yang tahu akan akibat ataupun kesan-kesan yang akan terjadi atas seseorang itu sekiranya mengalami kerosakan otak. Jom kita baca !


1) Tidak mengambil sarapan pagi 


Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2) Terlebih makan


Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3) Perokok


Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4) Penggunaan gula yang berlebihan


Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5) Pencemaran udara


Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6) Terlebih tidur


Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.


7) Menutup muka ketika tidur


Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8) Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.


Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9) Kurang berimiginasi


Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifa n otak menurun.


10) Jarang berfikir


Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

0 Responses to “10 Tabiat Merosakkan Otak”

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;