09 April 2011
Hati Seorang Lelaki
Assalamualaikum..
Sudah berapa hari aku tak update blog ini. Hari ini aku nak berbicara mengenai hati seorang lelaki. Pernah tak korang semua bercinta? Hehehe. Mestilah kebanyakkan yang ada di sini pernah kan? So, aku sekarang ini nak ceritakan pasal hati seorang lelaki yang terpaksa menempuh pelbagai liku-liku dalam percintaan tu.
Selepas mengenali seorang wanita yang baik, cantik, dan macam-macam lagi lah, Ahmad pun dah mula terpikat dengan wanita tersebut yang bernama Najwa. Najwa merupakan sepupu kepada sahabat baik Ahmad sendiri. Sememangnya pada permulaan mereka hanya berkawan, berkawan dan berkawan. Setelah beberapa bulan berkenal-kenalan, mula terdetik di hati masing-masing rasa sayang antara satu sama lain. Namun demikian, perasaan itu hanya di simpan di dalam hati atas dasar masing-masing malu untuk meluahkan perasaan sayang tersebut.
Sehinggalah suatu hari, si Ahmad mula memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya. Dalam keadaan yang takut-takut untuk meluahkan kerana risau diri ini hanya bertepuk sebelah tangan, Ahmad redha dengan apa sekali jawapan yang akan dia terima daripada Najwa. Setelah berterus terang, barulah Najwa pun menceritakan perasaan yang disimpannya selama ini. Wahh, alangkah indahnya pada malam itu. Akhirnya, perasaan sayang antara mereka berdua dapat disatukan pada malam tersebut.
Bermula pada malam itu lah, hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat. Perasaan cinta dan sayang itu semakin bertambah-tambah. Najwa yang dulunya selalu sahaja mesej dengan ramai kawan lelakinya, kini hanya memberi perhatian terhadap hubungan dia dengan Ahmad. Begitu juga dengan Ahmad. Pernah berhubung dengan ramai kenalan perempuannya sebelum ini. Namun setelah mengenali Najwa, dia mula kurangkan berhubung dengan perempuan lain, dan akhirnya dia kini hanya setia pada yang satu iaitu Najwa.
Jadi, setelah masing-masing mengenal perangai dan karenah masing-masing, itulah detik-detik indah di dalam percintaan mereka. Ada yang kuat cemburu, ada yang kuat merajuk, ada yang pandai nak pujuk,ada juga yang tak pandai nak pujuk, dan macam-macam lagi. Setelah lama begitu, keluarga Najwa pun mula mengetahui akan perkara ini. Mama dapat menerima dengan hati yang terbuka. Begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Alhamdulillah. Namun begitu, sahabat baik Ahmad yang dia terlalu harapkan itu, rupa-rupanya langsung tidak bersetuju dengan keputusan yang Najwa lakukan iaitu berkawan dengan Ahmad. Mereka sering bermasam muka. Ahmad mula rasa serba salah akan kehadiran dirinya di dalam keluarga tersebut. Namun, mereka tetap meneruskan perhubungan mereka.
Setelah beberapa lama berkawan, Ahmad tiba-tiba teringat untuk menceritakan kisah hidupnya dulu. Yang suka untuk behubung dengan ramai perempuan. Walaupun Ahmad sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak lagi melakukan perkara tersebut, namun hati manusia siapa yang tahu. Rupa-rupanya Najwa mula terdetik di hati kecilnya, mengatakan mengapa Ahmad tidak pernah ceritakan kepadanya sebelum ini? Dia juga sudah mula tergugat dengan kejujuran dari Ahmad. Ahmad cuba menerangkan sebaik mungkin apa yang berlaku. Namun Najwa tetap tidak memahaminya. Pada malam itu juga, Ahmad memujuk Najwa dengan seikhlas hatinya sehinggakan berlinangan air matanya semata-mata atas dasar kasih dan sayangnya terhadap Najwa. Akhirnya Najwa sudi memaafkannya, Alhamdulillah.
Mereka meneruskan perhubungan itu dengan mengisi hari-hari mereka dengan penuh kebahagiaan, kasih sayang dan sebagainya. Setelah sekian lama, tiba-tiba sehingga suatu malam, mereka berbicara tentang kehidupan masing-masing sebelum mereka kenal antara suatu sama lain. Najwa menceritakan setiap apa yang berlaku. Kemudian Ahmad pula bercerita. Sehingga Ahmad menceritakan tentang dosanya terhadap Ilahi iaitu menunggang motosikal berdua-duaan dengan perempuan bukan muhrimnya. Najwa menjadi tersentak. Macam-macam keluar daripada mulutnya pada malam itu. "Awak lah lelaki paling teruk pernah saya jumpa. Saya ingatkan awak bukan yang jenis bersosial, kalau dari dulu saya tahu macam ni, memang saya tak akan terima awak !", kata Najwa.
Namun begitu, peristiwa hitam itu sudah pun menjadi sejarah pahit bagi diri Ahmad. Dia betul-betul insaf akan dosa besar yang telah dia lakukan itu. Meminta maaf terhadap Tuhan yang Maha Esa dengan begitu daif sekali. Sebagai makhluk Allah, memang Ahmad juga tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Najwa yang dulunya sering berkata " Awak, saya sayang awak sangat-sangat", kini rasa sayang itu seolah-olah hilang dari hatinya itu. Ahmad mula berfikir, apakah Allah tidak menerima taubatku? Apakah ini balasan Allah terhadap aku di dunia ini? Ya Allah, pedihnya balasan-Mu ini. Andai kata ini lah balasan-Mu di dunia ini, bagaimana pula dengan balasan-Mu di akhirat kelak? Na'uzubillahiminzalik.
Malam itu merupakan kali kedua Ahmad memujuk Najwa bersama dengan perasaan sayang dan cinta dan juga hati yang ikhlas. Sambil teringat akan dosanya itu, dia juga perlu untuk mendapatkan balik perasaan sayang Najwa terhadapnya. Menitis air matanya bila terkenangkan dua perkara pada malam itu. Saat-saat indah bersama Najwa dan juga dosanya terhadap Allah SWT. Sehingga kini, Ahmad terus berdoa dan berdoa kepada Allah agar hati dan perasaan Najwa tetap kekal sepertimana yang mereka berdua sering berdoa iaitu perhubungan yang kekal sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. Amin ya Rabbal 'alamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Hati Seorang Lelaki”
Post a Comment