02 July 2011

Ketagih Dosa Laparkan Pahala





Assalamualaikum sume..


Hmm, dah lama aku fikir nak buat entri mengenai tajuk ini. So, apa yang korang faham apabila korang baca "Ketagih Dosa Laparkan Pahala" ? Jom bersama aku untuk rungkaikan maksudnya. Ok macam ini, mesej yang aku cuba sampaikan ini adalah kita sering berkejar-kejar dalam melakukan amalan-amalan kebaikan, mulia yang mana akan mendatangkan pahala-pahala dan kebaikan untuk kita, InsyaAllah. Namun demikian, dalam kesibukan mencari pahala, kita juga sering melakukan perkara-perkara yang akan mendatangkan dosa terhadap diri kita.


Jadi "Ketagih Dosa Laparkan Pahala" ini mempunyai skop yang begitu besar sekali. Jadi aku akan kecilkan skop itu dengan hanya menumpukan ke arah suatu peristiwa yang sering berlaku dalam kehidupan seharian dan juga sekeliling persekitaran kita. Skopnya ialah perkahwinan.


Sebelum itu aku akan menerangkan mengenai maksud kahwin dari konteks agama Islam :


Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.


 Apa yang aku sampaikan dalam perkahwinan ini adalah perkahwinan merupakan suatu perkara atau amalan yang amat dituntut dalam agama. Bak kata orang, kahwin tu umpama membina sebuah masjid. Biasalah tu kan? Hahaha.. Sapelah yang tak mahu nak kahwin. Memang rugi. 


Ok, dalam kita semua ingin melakukan suatu amalan yang mulia, dalam itu juga kita melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Di sini aku nyatakan beberapa contoh kesalahan yang sering kita lakukan :


1) Memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Especially untuk wanita lah.

  • Kebanyakkan pengantin lebih mementingkan kecantikan dan gaya dalam perkahwinan. Memakai baju yang ketat-ketat, tidak memakai tudung dan sebagainya.


2) Berlebih-lebihan dalam perkahwinan.
  • Maksud aku adalah dari segi makanan. Makanan yang disediakan terlalu berlebih-lebihan sehinggakan makanan-makanan tersebut akan dibuang begitu saja selepas ianya tak dapat lagi nak dihabiskan. Macam yang kita tahu, membazir itu merupakan amalan syaitan laknatullah.

3) Menjalankan persandingan.
  • Kebanyakkan orang tidak tahu ataupun kurang tahu mengenai hal ini. Untuk pengetahuan semua hukum bersanding tu adalah HARAM. Kalau nak bersanding juga, ada caranya dalam Islam. Di sini aku sertakan video mengenai cara bersanding mengikut Islam.



Kalau nak diikutkan terlalu banyak lagi kesalahan yang kita selalu je lakukan. Yang aku dapat sampaikan setakat ni jelah. Kalau korang ada apa-apa idea lagi, boleh komen dan bagi pendapat ok.

Sekian, assalamualaikum..

2 Responses to “Ketagih Dosa Laparkan Pahala”

  • Unknown says:
    July 3, 2011 at 6:28 PM

    brsanding tu haram ek? xpernah tau pun.. hmm sbb adad melayu.. so rmi msih amalkn skrng ni

    cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html

  • WakafKita11 says:
    July 3, 2011 at 6:31 PM

    yup, sbb menyerupai adat agama Hindu..

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;