27 March 2011

Gempa bumi hampiri kita

Assalamualaikum..






KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Berkenaan dengan kejadian di atas, apakah Malaysia juga bakal menerima azab bencana daripada Allah SWT ? Tidak mustahil bukan ? Sebelum ini aku ada buat entri mengenai 15 perkara turunnya bala. Apakah kesemua perkara itu sudah pun berlaku di negara kita? Bersama-sama lah kita merenung sebentar dan bermuhasabah diri kita atas setiap dosa dan kemungkaran yang telah kita lakukan.

2 Responses to “Gempa bumi hampiri kita”

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by
Socialbar

ShoutMix chat widget
;